May 22, 2008

彭立法議會鬧哄哄: 彭子明炮轟政府官員服務態度差,沒有盡責地完成工作及處理人民投訴


彭子明:提昇公共服務素質
地方議會選舉應再檢討


士滿慕州議員彭子明週三(21日)炮轟政府官員服務態度差,同時也呼吁政府深入研究恢復地方議會選舉制一事。

彭子明週三在彭亨州立法議會上,參與蘇丹御詞辯論時表示,人民在大選後,不斷以人民聯盟執政的州政府與國陣州政府相比,而民盟州政府努力推出了許多討好人民的政策。他不認同國陣州政府抄襲民盟的政策,但是卻必須施行公平分享政權、更親民及親選民的政策,以提高國陣形象。

他認為,國陣政府的政策是完善的,然而在公共服務領域裡,由於一小撮人並沒有盡責地完成工作及處理人民投訴,而使到人民埋怨。這種弊病經過反對党大力炒作後,促成人民反政府情緒,進而導致國陣蒙受慘敗。

人民吁恢復地方議會選舉

他表示,目前人民對於地方政府的服務素質有所要求,已經開始要求政府恢復地方議會公開選舉,尤其是人民聯盟在一些州屬奪得政權後,民盟政府正趁機借這課題大做文章。

“最近,房屋及地方政府部長在國會會議裡斷然拒絕了恢復地方選舉的建議,不過,我認為這項建議必須重新檢討,而不是在未經過詳細研究後斷然拒絕,而民眾對這課題立場也已經有所改變。

他認為,恢復地方議會選舉不但減輕中央政府監督地方政府服務表現的重擔,同時也顯示國陣政府接受政治改革及變化的準備。

***********************************************************
PERKARA-PERKARA YANG DISEBUT DALAM DEWAN

Teks Perbahasan Sempena Persidangan Kali Ke-2, Penggal Pertama DUN Ke-12 Negeri Pahang
Pada 21/5/2008


Tuan Yang Dipertua

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang DiPertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan KDYMM Tuanku. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat datang kepada rakan-rakan Yang Berhormat yang baru sahaja mengambil tempat dalam Dewan ini, sama ada daripada parti pemerintah ataupu pembangkang. Saya menyebut perkataan pembangkang secara kontekstual dan secara berhati-hati kerana pada hakikatnya negara kita sudah tidak mempunyai parti pembangkang. Lanskap masakini menunjukkan bahawa semua parti-parti politik berpeluang melakukan pemerintahan, samada di peringkat negeri ataupun persekutuan. Dengan kata lain, parti-parti politik kini ujud secara hybrid (dengan izin) sebagai parti pemerintah dan juga sebagai parti pembangkang. Hala tuju dan perjuangan parti politik pasca pilihanraya umum ke-12 akan berpaksikan siapa lebih lengkap dan cekap melaksanakan urusan pemerintahan dan juga mengawasi pemerintahan.

1. Suara Rakyat Suara Keramat

Tuan Yang DiPertua, tsunami politik pada 8hb Mac yang lalu sangat-sangat menggemparkan tetapi isu yang lebih mendesak bukan lagi membincangkan siapa jaguh siapa jatuh. Dalam sistem demokrasi berparlimen, suara rakyat ialah suara keramat, jatuh bangun, untung-rugi kerajaan pemerintah ataupun pembangkang berada dalam tangan

pengundi. Dari pengundi kita datang, dari pengundi juga kita pergi, samada pembangkang atau pemerintah, parti politik hidup di atas landasan yang sama. Oleh yang demikian, kalah dan menang bukan isu yang terlalu penting tetapi yang lebih penting ialah apakah mesej-mesej yang telah disampaikan oleh pengundi-pengundi secara kolektif, ketika musim pilihanraya dan juga ketika musim bukan-pilihanraya. Apakah kehendak dan aspirasi rakyat dalam lanskap politik yang pantas berubah ? Apakah isu-isu yang menjadi tumpuan rakyat ketika isu-isu “bread dan butter” (dengan izin) semakin mempengaruhi sentiment orangramai ? Apakah ekspektasi politik orang ramai berbanding dengan isu-isu exclusive yang cuba ditonjolkan oleh kumpulan elit ?

2. Menghargai Kerangka Kerjasama BN

Tuan Yang DiPertua, Barisan Nasional telahpun memenangi pilihanraya umum sebanyak 12 kali berturut-turut pada peringkat persekutuan termasuklah yang berlangsung baru-baru ini. Di negeri Pahang, Barisan Nasional menampakkan kekuatan yang tersendiri dengan kekuatan Dewan yang jauh melebihi majority dua pertiga. Sungguhpun berdepan dengan tsunami politik pada 8 Mac yang lalu, semua parti komponen masih mampu mempertahankan perwakilan politiknya dalam Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri. Melihat scenario pada hari ini, UMNO, MCA, MIC dan Gerakan keempat-empat parti komponen di Semenanjung masing-masing mempunyai sekurang-kurangnya seorang ahli parlimen ataupun ADUN dalam negeri Pahang. Di beberapa buah negeri yang ditawan oleh parti lawan, kerangka politik Barisan Nasional tidak dapat ujud secara lengkap, kerana tedapat parti-parti komponen yang sudah dihanyutkan dalam tsunami politik 8 Mac.

Tuan Yang DiPertua, kerajaan negeri seharusnya menghargai kerangka kerjasama Barisan Nasional yang masih kukuh dan “intact” (dengan izin)

di negeri Pahang. Barisan Nasional masih gagah dan kuat di negeri Pahang tetapi dengan adanya persaingan politik daripada beberapa buah kerajaan negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, keadaannya sudah jauh berubah. Selepas pilihanraya umum yang lalu, rakyat sentiasa membandingkan tindak-tanduk politik antara kerajaan negeri di bawah pemerintahan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat sebagai jenama baru memasuki pasaran pemerintahan jelas sekali begitu ghairah mempromsikan produk-produk politiknya bersifat “populist” (dengan izin). Saya tidak mengatakan bahawa dasar-dasar populist ataupun dasar yang semata-mata mempromosikan populariti amat sesuai diamalkan tetapi pada hakikatnya dasar-dasar populist ini boleh mempengaruhi fikiran rakyat. Saya juga tidak mengatakan kerajaan Barisan Nasional harus menonjolkan dasar-dasar populist yang dicetak rombak dari kerajaan Pakatan Rakyat. Sebaliknya saya berpendapat kerajaan negeri harus membentuk beberapa dasar yang boleh menaikkan imej Barisan Nasional sebagai jenama perkongsian kuasa yang mesra rakyat dan mesra pengundi. Rakyat pelbagai kaum di dalam negeri Pahang masih sayang kepada Barisan Nasional tetapi ini tidak bermakna mereka akan terus menyayangi parti yang sama tanpa syarat. Sebaliknya, mulai sekarang hingga ke pilihanraya umum akan datang, rakyat akan memeriksa, menyemak dan membandingkan rekod pemerintahan Barisan Nasional Negeri Pahang dengan model kerajaan yang didirikan oleh pakatan Rakyat di beberapa buah negeri yang lain.

3. Peranan Penjawat Awam

Tuan Yang DiPertua, sebagai orang politik kita bekerja keras, siang dan malam untuk membentuk dasar-dasar yang mesra rakyat dan mesra pengundi, kerana kita khuatir boleh ditewas dalam pilihanraya umum. Sungguhpun demikian, urusan pemerintahan bukanlah urusan yang semudah itu, kerana kerajaan pemerintah bergantung penuh kepada komitmen penjawat-penjawat awam untuk melaksanakan agenda pembangunan. Berlainan dengan ahli-ahli politik, penjawat awam boleh menduduki jawatan masing-masing tanpa pungutan suara rakyat. Mereka berkhidmat secara tetap dan berpencen sehingga segelintir penjawat awam jelas tidak komited terhadap tugas dan tanggungjawab mereka. Mereka jarang-jarang bertindak secara proaktif untuk melayan permintaan rakyat. Mereka tahu lambat-laun, rakyat akan mengadu kepada wakil rakyat dan selepas itu barulah penjawat-penjawat awam cuba memberikan sedikit bantuan.

Tuan Yang Dipertua, penjawat awam diupah dan diamanahkan oleh rakyat untuk melaksanakan agenda institusi kerajaan, mereka tidak boleh memilih-milih aduan mana yang harus dilayan dan aduan mana yang harus diabaikan. Semua aduan rakyat dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar adalah aduan yang amat penting, kalau dilihat daripada kacamata rakyat. Sebagai pemegang amanah dan pelaksana dasar , semua penjawat awam mempunyai kuasa-kuasa dan tatacara pentadbiran yang lengkap untuk menjayakan agenda institusi kerajaan tetapi malangnya mentaliti sebahagian kecil penjawat awam masih tidak berubah. Mereka lebih suka menunggu dan melengah-lengahkan urusan pentadbiran sehingga rakyat

mengambil pandangan yang negatif terhadap kerajaan memerintah dan sentiment ini akan terbawa-bawa ke dalam peti-peti undi. Akibatnya parti pemerintah mengalami kekalahan apabila sentiment anti-pentadbiran ini berjaya diapi-apikan oleh parti-parti lawan.

4. Masalah Bercorak Administrative

Tuan Yang DiPertua, merujuk kepada pengalaman saya selama satu penggal dalam Dewan yang mulia ini, terdapat beberapa kes-kes aduan yang begitu jelas menunjukkan segelintir penjawat awam telah mengabaikan tugas masing-masing. Saya tidak mahu menyebut nama-nama dan kes-kes yang khusus tetapi memadailah teguran ini dilihat secara proaktif oleh pihak-pihak yang berwajib. Pada pendapat saya, tugas dan tanggungjawab ahli-ahli Yang Berhormat sepatutnya tidak menjadi terlalu rumit sekiranya sistem penyampaian birokrasi berjalan lancar dan cekap. Sesungguhnya begitu banyak sekali aduan-aduan yang diterima di pusat-pusat khidmat rakyat adalah bercorak administrative (dengan izin), bukan soal dasar ataupun perundangan tetapi boleh diselesaikan jika penjawat awam bertindak secara proactive. Dengan kata lain, kerajaan mempunyai dasar pemerintahan yang lengkap dan mantap untuk membela nasib rakyat tetapi memandangkan sistem penyampaian kerapkali dicacatkan oleh tindak-tanduk segelintir penjawat awam, maka, credibility (dengan izin) ahli-ahli politik termasuk ADUN, EXCO dan MB mula dipersoalkan oleh rakyat dan pengundi. Dalam hubungan ini, ahli-ahli politik termasuk Exco dan MB menjadi serba salah kerana para penjawata awam juga merupakan pengundi.

5. Sistem Penyampaian Harus DiPerbaiki

Tuan Yang DiPertua, adalah jelas sekali bahawa urusan penambahbaikan sistem penyampaian sentiasa berjalan. Hari ini kita sudah mempunyai Pasukan Pemudah untuk mengurangkan karenah birokrasi kerajaan. Menerusi Pasukan Pemudah, kita kerapkali melihat kesungguhan kedua-dua belah pihak swasta dan kerajaan menambahbaik sistem penyampaian yang sedia ada. Walau bagaimanapun, saya mendapati secara keseluruhannya Pemudah masih tidak dapat mempermudahkan birokrasi kerajaan. Orang ramai masih banyak merungut tentang kelewatan ini dan kerumitan itu, kesemuanya menunjukkan fungsi dan institusi kerajaan di pelbagai peringkat masih menunggu peningkatan dan penambahbaikan yang berterusan.

Tuan Yang DiPertua, dengan adanya pengundi dan rakyat yang semakin “demanding” (dengan izin), khususnya terhadap kualiti perkhidmatan layan-kaunter, maka terdapat suara-suara yang menuntut supaya barisan Ahli-Ahli Maljis semua PBT dipilih secara undi demokrasi. Pandangan ini semakin mendapat perhatian umum setelah Pakatan Rakyat berjaya membentuk pemerintahan di beberapa buah negeri. Memandangkan Akta Kerajaan Tempatan masa kini masih tidak boleh menghalalkan pilihanraya PBT, maka dengan itu, kerajaan Pakatan Rakyat telah melemparkan tuduhan kepada kerajaan Persekutuan. Kerajaan Pakatan Rakyat dengan mudah mempersalahkan kerajaan persekutuan kerana enggan melaksanakan pilihanraya PBT menerusi pindaan undang-undang.

6. Pilihanraya PBT Harus Ditimbang Secara Serius

Tuan Yang DiPertuya, dilihat sepintas lalu, Barisan Nasional memang keberatan untuk beraksi seiring dengan irama muzik Pakatan Rakyat.

Saya juga sedia maklum, baru-baru ini YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah membuat pengumuman rasmi di dalam sidang parlimen untuk menolak cadangan menghidupkan semula pilihanraya PBT. Walau bagaimanapun, saya masih berpendapat cadangan mengihupkan semula pilihanraya PBT harus dikaji lebih terperinci, bukan ditolak begitu sahaja kerana sentimen rakyat sudah banyak berubah.

Tuan Yang DiPertua, saya tidak mengatakan pilihanraya PBT pasti boleh menjamin kelicinan dan keberkesanan institusi kerajaan di peringkat

Majlis Daerah, Majlis Perbandaran dan juga Dewan Bandaraya. Walau bagaimanapun, memandangkan lanskap politik masakini, saya berpendapat kerajaan Persekutuan, khususnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan harus membuat kajian yang terperinci terhadap kemungkinan menghidupkan semula PBT. Kalau dilihat daripada sudut sejarah, pilihanraya PBT telah ditamatkan sejak tahun 60an berdasarkan perakuan Suruhanjaya Athi Nahappan, bukan keputusan kabinet semata-mata. Oleh yang demkikian, saya berpendapat, kaedah yang sama hendaklah digunapakai untuk mengkaji samada pilihanraya PBT harus dihidupkan semula.

Tuan Yang DiPertua, penduduk dan pengundi masakini cukup berhasrat mengambil bahagian yang lebih aktif dalam urusan kerajaan. Mereka merungut kerana tidak diberikan peluang untuk menyertai urusan kerajaan di peringkat akar umbi melainkan jika dicalonkan oleh parti-parti politik. Mereka berpendapat, masing-masing berupaya memberikan

sumbangan yang bermakna jika diberikan peluang untuk menduduki Majlis Daerah, Perbandaran dan Dewan Bandaraya. Keengganan kerajaan menerima rayuan-rayuan mengenai pilihanraya PBT akan dilihat sebagai kedegilan Barisan Nasional mendekati perubahan dan transformasi.

Apa salahnya kita menerima perubahan ? Apa ruginya kita menyambut citarasa rakyat dengan dasar-dasar yang mesra rakyat ? Kerajaan Barisan Nasional bukan tidak boleh berubah tetapi perubahannya mesti berpaksikan kepada kepentingan rakyat. Buat masa ini, semua PBT di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan sudah ditawan sepenuhnya oleh Pakatan Rakyat. Pada pandangan saya, menghidup semula pilihanraya PBT bukan sahaja boleh meringankan beban kerajaan negeri mengawasi tindak-tanduk PBT tetapi juga dapat menonjolkan kesediaan kerajaan persekutuan menerima perubahan dan transformasi politik.

7. Projek Naiktaraf Jalan Haji Ahmad

Tuan Yang DiPertua, tawaran tender projek naiktaraf Jalan Haji Ahmad sudahpun selesai dalam tahun 2004 tetapi perlaksanaan projek ini ditangguhkan pada saat-saat akhir. Saya telah membangkitkan isu ini sebanyak dua kali dalam Dewan yang mulia ini. Saya juga difahamkan bahawa projek ini akan dimasukkan ke dalam pakej pembangunan Rancangan Malaysia Ke-9. Hari ini, setelah RMK9 sudah hampir melewati tempoh separuh penggal, projek naiktaraf Jalan Haji Ahmad masih belum dilancarkan secara rasmi. Sementara itu, keadaan kesesakan lalu lintas di jalan tersebut semakin membebankan para pengguna

jalanraya. Sebagai salah seorang penduduk di Jalan Haji Ahmad, hati saya bertambah berat kerana kelewatan projek ini boleh menimbulkan tanggapan negatif rakyat dan pengundi terhadap keupayaan kerajaan pemerintah. Oleh yang demikian, saya ingin mengulangi rayuan dalam Dewan yang mulia ini, agar projek naiktaraf Jalan Haji Ahmad dilaksanakan tanpa lengah-lengah.

8. Projek Pelebaran Jalan Semambu

Tuan Yang DiPertua, dari projek naiktaraf Jalan Haji Ahmad, saya ingin menarik perhatian Dewan ini kepada projek pelebaran Jalan Semambu. Pada mulanya saya difahamkan bahawa projek ini akan disenaraikan

dalam RMK-8 tetapi setelah tempoh RMK8 berakhir, projek ini tidak dipindahkan ke dalam RMK-9. Saya telah difahamkan Jalan Semambu akan menjadi jalan dual-carriage selaras dengan projek pelebaran Kuantan Bypass dan Lebuhraya Pantai Timur. Dalam konteks ini, Jalan Semambu akan menjadi laluan keluar-masuk yang utama dari pinggir bandar ke dalam kawasan bandar Kuantan.

Hari ini, Jalan Semambu memang memainkan peranan sebagai feeder-road (dengan izin) tetapi dengan saiz yang sedia ada, ia tidak terdaya menanggung “traffic volume” (dengan izin) yang semakin berat. Pada masa-masa kesesakan di awal pagi dan lepas waktu pejabat, pergerakan lalulintas di Jalan Semambu kelihatan begitu perlahan. Oleh yang demikian, saya ingin mengulangi rayuan di dalam Dewan yang mulia ini, supaya projek pelebaran Jalan Semambu dimasukkan semula ke dalam RMK-9 selepas kajian separuh penggal.

Tuan Yang DiPertua, dengan kata-kata di atas, saya memohon menyokong usul junjung kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang yang dikemukakan oleh YAB Menteri Besar.

Sekian terima kasih.

14 comments:

Anonymous said...

YB, now I really respect you. You are a MAN! You are a YB! You speak for the people! You act for Kuantan!

Anonymous said...

Nobody can deny the fact that our government is weak at its operational system. I believe that the same system introduced 10 years ago is still being utilised now in most of the government departments. The government servants' attitude and performance depend very much on individual willingness and initiative. This is one of the reasons we see a non-productive service was being carried out by our government servants. There is no point to keep telling them what a good service is all about but to implement a good system that monitors how a job (complaints) can be settled within a short time frame.

1) A system to have Routine check and inspection with proper schedule of maintainance and reinforcement of their own scopes

2) A system that tells if a particular government employee or division is doing their job

3) A system to open and close a file efficiently and effectively.

4) A communicative system between departments and the people.

5) A system that ties everything to a central controller or supervisor.

6) A reporting system or follow up action that informs a dateline for each file to be closed.

7) A system to assure the public of their seriousness in looking into each complaint.

8) And many more

We cannot rely on the an expired operational system used in the old era when speed was never a concern.

One of the main reasons why the majority condemned BN last general election was due to the under performance of the same.

In my opinion, the general public will not bother much about the politic between parties, but mind alot when they don't live in a comfortable condition in all areas; Caused by an irriponsible government due to its failure in controlling the individual departments.

Anonymous said...

There are many issues happening at the top between high ranking politicians these days. From corruption, Judiciary system, power craze to non development of the country. I would call all these as "BIG MAN" issues.

The general public will not topple the government just because of "BIG MAN" issues as it was never an issue in the past. Those "BIG MAN" issues was being used as a match to light up the flame of dissatisfaction by opposition.

Now it seems like everyone is only talking about problems related to "BIG MAN" issues or what and where and how the match is found that light up the fire. What about WHY the fire is being light up easily by the opposition with just a match? The answer to me is just as simple as "The government departments did not do their job well enough to serve". This reflects the performance of our government in the eyes of public, and also the fundamental of the cause that set off fire easily with just a match used by the opposition.

Anonymous said...

YB,刚开始的议会你就发表了人民的声音,我相信你会继续发表。
我们人民真的希望看到政府能改变,为我们的下一代制造美好的将来。

Anonymous said...

政府官员的服务态度及素质一直以来都没有达到可以接受的水平,除了政府高层在制定政策及控制员工工作的方法彻底的失败以外,我认为政府部门员工多年来只偏向某个种族而已的政策是一个致命伤,政府不应该忽略了其他种族在政府部门有绝对的能力服务人民的事实...政府必须在这一方面作出改变...

Anonymous said...

Pengambilan penjawat awam kerajaan haruslah dikaji semula di mana sudah tiba masanya bagi kerajaan mencontohi syarikat-syarikat swasta dengan mengupah penjawat awam daripada berbilang kaum berpandukan kemampuan mereka dan "naik pangkat" berpandukan "performance" mereka.

Anonymous said...

Dear YK2, I agree! I think BN has to really relook into alot of areas in order to improve their delivery system.

Their attitude has to be changed. BN from the TOP must asert certain pressure without fear.

Anonymous said...

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Pang kerana telah menyuarakan isu-isu semasa dalam dewan. Semua isu-isu yang telah dikemukakan adalah isu yang berkaitan dengan hal ehwal masyarakat. Oleh itu BN patut bertimbang dengan teliti.

Anonymous said...

Saya yakin 100% dengan "performance" YB dalam Dewan. Hujah-hujah yang diutarakan oleh YB memang tepat pada masanya..MB patut memandang berat cadangan-cadangan yang bernas seperti ini dan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang sedia ada demi memastikan kemajuan negeri terjamin. MB juga patut yakin dengan YB-YB MCA yang sedia ada dalam menerajui pembangunan di negeri Pahang.. (MB : yang penting adalah "quality" dan bukannya "quantity"...)

Anonymous said...

Saya sungguh harap lebih ramai orang dapat baca blog ini sebab blog in menyentuhkan isu-isu rakyat tempatan yang sebenar.

Anonymous said...

teks ucapan YB Pang memang rasional dan merupakan suara rakyat jelata.
Daripada teks ucapan YB ini, kita semua boleh nampak atau merasai keinginan YB Pang sendiri pun mahu perubahan yang drastik harus dilakukan oleh kerajaan BN pada masa sekarang.
Perubahan atau cadangan dalam teks ini tidak akan merugikan kerajaan, sebaliknya akan membantu kerajaan terutamanya kerajaan Negeri Pahang supaya sokongan dari rakyat atau pengundi yang lebih padu lagi.
Pandangan yang dikemukakan dalam teks ini memang perlu dipertimbangkan dengan segera dan perlaksanaanya perlu dipercepatkan.
Memang betul, BN Pahang masih mendapat kemenangan yang agak OK pada pilihanraya yg ke-12 ini. Tetapi, berbanding dengan pilihanraya yang sebelum ini,majoriti yang BN dapat telah merosot.
Terbuktilah, pengundi masa sekarang lebih matang berbanding dengan dahulu.
Pengundi yang matang tidak boleh dilihat sebagai senario yang NEGATIF oleh parti politik terutamanya Parti BN. Sebaliknya, senario ini adalah POSITIF.
Sesebuah negara yang akan berjaya, kuat dan maju perlulah menpunyai rakyat yang berfikiran matang.

Anonymous said...

Amatlah hairan...MB telah mengetahui kelemahan di Pejabat Daerah dan tidak mengambil langkah-langkah untuk mengasatinya selama ini !

Kalau MB tidak tahu kelemahan ini.. bermakna MB tidak efisyen selama in1 !

Rakyat Pahang harap Pejabat MB dan SUK dapat mamandang serius dan membetulkan kelemahan Pejabat Daerah. MB jangan setakat jawab soalan YB Pang sahaja, dan biarkan kelemahan ini berterusan.

Anonymous said...

YB, MPK need to do something. Their service to the public is terrible slow & bad. If MPK never change their attitude & service, I GURRANTEE next election opposition will take over the whole PAHANG.

I love BN, I love MB, I love all the ADUN. I dun want to see our state rulling by opposition one day.

What the rakyat not happy mostly are the MPK issue. I hope you can bring this issue to MB or maybe you can ask Dato' Shamsuddin to read my comment since he is also a blogger.
TQ

Anonymous said...

YB, saya orang tua, tak pandai komputer, tak pandai IT, tak pandai blog, so saya minta orang muda tulis sama saya, ini semua saya betul punya cakap.

saya tiap-tiap hari guna jalan beserah, itu simpang di JPJ amatlah sesak. saya tahu itu kawasan bukan YB punya kawasan, itu simpang cakap mahu naik taraf sudah 10 tahun, masa itu kawasan BN juga. saya harap YB boleh tolong sejauh mana dapat tolong.

saya sudah tua, mungkin tak sempat nak tengok kemajuan akan datang di simpang ini, tapi harap kita punya anak cucu dapat kebaikan ini.