January 2, 2009

SATU LAGI PROGRAM MELATIH KEMAHIRAN


Generasi belia sekali lagi diberikan peluang untuk meneruskan kemahiran dalam bidang yang menjadi tumpuan pada zaman globalisasi ini. IKIP yang ditubuhkan sejak tahun 1992 akan membekalkan tenaga pengajar bertauliah dan berpengalaman serta kemudahan infrastruktur sempurna telah menawarkan kursus kamahiran sijil dan diploma bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia. Para pelatih akan diberi pendedahan secara meluas menggabungkan 80% praktikal dan 20% teori sepanjang tempoh latihan dalam kursus seperti berikut:

a) Penyediaan Makanan
b) Perkhidmatan Makanan & Minuman
c) Penyedia Bakeri
d) Kaunter Hadapan
e) Amalan Penginapan
f) Sistem Komputer
g) Kesetiausahaan
h) Pengaturcaraan
i) Rekaan Fesyen Wanita/Lelaki
j) Automotif

Berita baik juga buat mereka yang berminat kerana bayaran pendaftaran hanya RM150 dan segala bayaran lain seperti penginapan, pengajian dan wang sara diri akan diuruskan oleh Yayasan Pahang.

Mereka yang berminat untuk menyertai kemasukan Januari 2009 boleh menghubungi 09-5671333 (Unit Pemasaran)

1 comment:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

salam

http://aberamly.wordpress.com

http://ramlyotai.blogspot.com

http://awanggedeber.blogspot.com

abe anok kelong jati
salam buat dinasti pok su loh