
21-3-2009 (Indera Mahkota)– Hari ini merupakan antara hari yang amat sibuk kerana telah menghadiri beberapa majlis kenduri perkahwinan, ceramah agama dan perasmian Mesyuarat Agung Pertama Persatuan Pengusaha Taska dan Pengendali Pusat Jagaan Kuantan (HARMONI).
Dalam ucapan perasmian saya, saya menyifatkan bahawa HARMONI yang ditubuhkan buat kali pertama ini cukup bermakna kerana berjaya mengumpulkan tenaga dan kepakaran pengusaha taska dan pengendali pusat jagaan di dalam daerah Kuantan yang sekali gus membolehkan mereka saling membincangkan masalah sesama sendiri. Bukan itu sahaja, perjalanan perusahaan ini juga akan menjadi lebih sistematik dalam melaksanakan pelbagai program penyelarasan dan mengeratkan kerjasama bersama jabatan-jabatan kerajaan yang boleh membantu. Dengan cara ini, secara tidak langsung akan membantu meningkatkan kualiti dan taraf perkhidmatan pengusaha dalam sektor ini.
Dulu, kebanyakan pusat jagaan dan taska adalah dikendalikan oleh pihak kerajaan. Namun, pusat jagaan dan taska mula beransur berkembang mengikut arus pembangunan dan permintaan. Di negara maju, kebanyakan keluarga mempunyai ramai ahli keluarga dan dalam kesibukan mengejar pencarian nafkah hidup, pusat jagaan dan taska telah memainkan peranan yang penting dalam membantu menjaga orang tua, kanak-kanak dan orang kurang upaya. Sektor ini juga sehingga mampu menjadi komersial serta sangat berjaya di luar negara dengan penyediaan tempat yang selesa dan kemudahan infrastruktur yang lengkap untuk penghuninya.
Penubuhan persatuan ini juga seiring dengan zaman memandangkan melalui program persatuan, tenaga pekerja dapat dilatih menjadi lebih mahir dan profesional dengan menyertai anjuran kursus-kursus tertentu oleh HARMONI pada masa akan datang. Dengan ini sekali gus membantu membentuk masyarakat penyayang di negara kita yang bukan hanya mementingkan kebendaan semata-mata. Dalam peningkatan taraf hidup dan mengejar kemajuan, kita juga diajar tidak mengabaikan golongan orang tua dan orang kurang upaya.
“Orang yang menyayangi akan disayangi”
1 comment:
Dato' Pang,
Whenever I read about Chinese politicians, especially oppositions, it would almost always be about touching something which are sensitive and not beneficial to the welfare of the general Malaysian populace.
Now I know the reason why you are not like that: you are so busy in welfare issues and hal-hal kemasyarakatan that you don't even have time for petty fault-finding, vote-pinching politicking.
Give 10 more politicians who walk the talk like you and we can transform this country to what we only dreamed about, in no time. We are so proud.
Post a Comment