July 20, 2009

1 Malaysia Pulihkan Keyakinan

YH Dato' Jack How bersama Pang di Program Jualan Amal.
AJK Baru Pertubuhan Kebajikan Weng Sau Kuantan.

19/07/09(Kuantan)- Saya telah menghadiri aktiviti Jualan Amal dan Pertandingan Karaoke Kanak-kanak anjuran MCA cawangan Air Putih serta majlis angkat sumpah AJK Pertubuhan Kebajikan Weng Sau Kuantan. Kedua-dua program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Dalam ucapan saya, saya telah memberitahu bahawa konsep 1 Malaysia yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib telah berjaya memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan. Selepas 100 hari mentadbir, YAB Dato’ Sri telah melaksanakan perubahan yang dapat memanfaatkan rakyat jelata. Langkah-langkah ini telah membuktikan keikhlasan YAB Dato' Sri untuk membawa negara kita ke arah perpaduan yang lebih kukuh lagi. Malangnya, insiden kematian mengejut Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock di bangunan Plaza Masalam telah memberikan sedikit impak.

Saya turut bersedih dan takziah atas kematian yang tidak diingini ini. Buat masa ini, saya meminta semua pihak harus bertenang menantikan laporan hasil siasatan Polis Diraja Malaysia. Saya juga percaya bahawa PDRM akan menjalankan siasatan secara rapi. Saya turut membawa harapan bahawa kabinet harus meluluskan pembentukan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes ini. Dengan cara ini, saya percaya rakyat akan dapat merasai keikhlasan yang ditunjukkan oleh kerajaan pimpinan YAB Dato’ Sri Mohd Najib yang mengutamakan rakyat.

4 comments:

YANG GAMBI said...

Tahniah, kerana dapat menganjurakan aktiviti perpaduan seperti ini.. Teruskan demi perjuangan negara Malaysia tercinta.....

Force Behind You said...

Dato',

Congratulations on your wisdom and gentle gesture to handle unscrupulous action by others.

You are a gentleman!

Let by-gone be by-gone! Now that you have to start afresh with a new centre, you have my sincere wishes to set it up with a class of its own.

In politic, nothing is shameful as everything is just a decision for the benefit of the public and for the party. I know you can and I like to see you smile through it.

All political leaders are lonely souls whenever a problem arises. This is not unusual. Don't expect support to come naturally without being asked for repayment. So, forgive those who did not stand by you in this point of time. Perhaps they have their own reasons.

One thing for sure, you may not know who am I, but you should know by now that you are not alone.

Anonymous said...

YB, you do not have to publish this comment as I would only like you to announce your intention to set-up a new centre in this blog and that you still care for the public.

Just a request.

Pang Tsu Ming said...

Dear Force Behind You...

Thank you very much for your very encouraging, supportive and constructive comments. I really appreciate it very much and hope you would drop more comments in the future..! TQ

Dear Anonymous....

Infact it was a well coverage by the various Chinese newspapers regarding my decision to shift. Of course,I will set up a new centre to provide my continuous services to Rakyat. Anyhow, I will take your advise to put up an article in my blog soon. TQ