August 7, 2009

Pelebaran Jalan Membawa Kemajuan dan Kemudahan



Dijangka Mei 2011, JKR akan siap memperlebar jalan di KM 4 menuju ke Sungai Lembing (dari Astana Golf ke Sungai Pinang). Projek yang memakan kos RM24 juta ini bakal siap dalam masa tiga tahun supaya dapat melegakan kesesakan lalu lintas di samping menyelesaikan masalah banjir di Sungai Pinang. Dalam pada itu, jalan yang diperlebar ini dapat membawa kemajuan kepada pembangunan Sungai Lembing.

Sementara itu, atas permintaan PIBG SM Indera Mahkota 2, saya juga akan cuba membantu memperlebar jalan menuju masuk ke sekolah itu supaya dapat memudahkan penggunaan warga sekolah serta meningkatkan keselamatan para pelajar di situ. Saya berharap pihak sekolah akan bersabar kerana saya akan sedaya upaya mencari jalan penyelesaian.

No comments: