07/08/2009 (Kuantan)- Saya telah ditemani oleh Encik Khairil, Jurutera MPK untuk memantau keadaan di tapak jaja berdekatan dengan kawasan Cenderawasih. Tapak jaja ini pada asalnya merupakan penjaja statik, namun selepas kawasan itu semakin membangun dan berkembang pesat, kini telah menjadi satu tapak jaja yang kurang memuaskan dari segi pelbagai aspek. Tapak jaja tersebut adalah tidak mempunyai bekalan air dan elektrik, kurang memuaskan dari segi kebersihan disebabkan habuk. Banyak aduan tentang lalu lintas dan masalah kebersihan telah diterima sebelum ini.
Saya telah memaklumkan masalah seperti ini kepada pihak MPK dan sekarang MPK bercadang menggunakan tempat letak kenderaan awam supaya dinaiktarafkan menjadi medan selera serta membekalkan kemudahan asas dengan menempatkan mereka di tempat yang lebih sesuai dan tapak yang sedia ada dijadikan kawasan hijau yang sekali gus meningkatkan keindahannya.Projek ini akan memakan kos sebanyak RM 350 ribu dan saya berharap projek ini akan dapat dilaksanakan dalam tahun 2010.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment