July 26, 2008

士满慕州选区颁发援助金 (Majlis Penyampaian Sumbangan Wang Ihsan Kawasan Dun Semambu)

士满慕州选区将会有1102位的受惠者领取由彭亨州国阵政府在今年初所承诺的政府援助金。有关批准信件已透过邮寄的方式传递至有关的合格申请者。这项颁发援助金仪式将在30/07/2008(星期三),上下午两段时间,在关丹直落丝丝路的彭亨州银禧纪念礼堂颁发。

为了方便及有效迅速颁发,该仪式将分为上午9时30分及下午2时30分这两个时段进行。早上阶段将颁发每人RM500.00给予选区内的309位80岁以上的乐龄人士,而下午时段将会是贫穷年长者、贫穷单亲家庭、伤残人士、贫穷家庭、孤儿及患重病者,每位受惠者将领取RM400.00。

士满慕区州议员彭子明吁请已获批准的申请者携带身份证及准时出席以上颁发仪式。这援助金的申请已截止,所以暂时不能接受任何新的援助金申请。谢谢。如欲查询,请在办公时间联络马华关丹州议员服务中心(09-5178328)。
*****************************************

Satu Majlis Penyampaian Wang Ihsan Kawasan Dun Semambu oleh Kerajaan Barisan Nasional Negeri Pahang akan diadakan pada 30 Julai 2008 (Rabu) bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Jalan Teluk Sisek, Kuantan. Seramai 1102 orang yang layak menerima sumbangan wang ihsan tersebut. Notis telah dihantar melalui pos kepada sesiapa yang memenuhi syarat dan telah berdaftar sebelum ini.

Untuk memudahkan proses pendaftaran, majlis penyampaian sumbangan ini telah membahagikan kepada 2 sesi di mana pada pukul 9.30 pagi bagi kategori warga emas 80 tahun ke atas iaitu seramai 309 orang dan layak menerima RM500.00 setiap seorang. Manakala pada waktu 2.30 petang di tempat yang sama bagi kategori Warga Emas Miskin, Ibu Tunggal Miskin, Orang Miskin, Orang Sakit Kronik, Anak Yatim dan OKU yang akan menerima sumbangan sebanyak RM400.00 setiap seorang.

YB Pang Tsu Ming menyeru kepada penerima untuk membawa kad pengenalan ke majlis tersebut. Pendaftran bagi permohonan wang ihsan ini telah ditutup dan tidak dibuka buat sementara waktu ini. Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi kami ditalian 09-5178328 semasa waktu pejabat sahaja.

No comments: