August 27, 2008

彭亨武术总会。。。。。传佳音!!!

一场全国青少年武术竞标赛经已在15-18/8/2008,在吉隆坡焦赖羽球体育馆举行。经过彭亨武术总会教练尹雷契而不拾的培训下,在短短的四个月的耕耘,本会终于崭露头角,传来佳讯。

在这场竞标赛中,其中一位年仅14岁的选手-戴传杰夺获传统拳术银牌。对于这个喜讯,身为彭亨武术总会主席,我欲恭贺并祝福戴传杰同学,在首次的比赛中,不负众望,就获得如此佳绩,可喜可贺。并希望戴传杰同学能更加积极接受训练,以应付来临的比赛,取获佳绩。

同时,彭亨武术总会也感谢彭亨州政府在这项比赛当中,给予的全力支持,包括提供补贴,提供旅费等支助,让本地的青少年们有机会参与这一次的竞标赛。

不忘记的是尹雷教练的专业及积极的教导,实属劳苦功高。当然,除了恭贺得奖的选手,亦衷心感谢所有參賽之选手對这次賽事付出的努力。没有取得理想成绩的选手,千万不要灰心,继续努力,希望在未来的比赛,选手们可以有所表现,再接再厉,以赢取更好的佳绩




TAHNIAH DAN SYABAS........
THYE CHUAN JET DALAM KEJOHANAN WUSHU KEBANGSAAN


Persekutuan Wushu Negeri Pahang telah menghantar empat orang peserta ke Kejohanan Wushu Remaja Kebangsaan yang telah diadakan pada 15 Ogos 2008 hingga 18 Ogos 2008 di Stadium Badminton Kuala Lumpur dan telah meraih kemenangan setelah menjalani latihan selama empat bulan.

Dalam kejohanan wushu kali ini, salah seorang peserta iaitu Thye Chuan Jet yang berumur 14 tahun dari SMK Alor Akar telah memperolehi PINGAT PERAK dalam acara “Chien-Suk”. Saya selaku Pengerusi Persekutuan ingin mengucapkan taniah dan syabas di atas kejayaan adik Thye yang julung-julung kali memasuki pertandingan ini. Saya berharap adik Thye akan berlatih dengan bersungguh-sungguh dan lebih gigih untuk meraih kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan Pengarah Majlis Sukan Pahang, Encik Suhaimi Bin Mohd Yunus yang telah banyak memberi sokongan dan galakkan kepada kami demi perkembangan sukan wushu di Negeri Pahang.

Ucapan ribuan terima kasih juga dituju kepada Jurulatih Yin Lei yang telah bersungguh-sungguh memberikan tunjuk ajar kepada pasukan ini. Kepada peserta-peserta yang tidak berjaya dalam pertandingan kali ini, saya berharap mereka akan berusaha dengan lebih gigih lagi sehingga mencapai kejayaan yang membanggakan.

No comments: