SELAMAT Hari Ulang Tahun Ke-51,
Malaysia!
Tahun 2008 tetap meriah dengan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia walaupun perbelanjaan untuk tujuan berkaitan telah dikurangkan. Namun pada pendapat saya, semua itu boleh disifatkan kurang penting memandangkan hati yang tulus ikhlas serta jiwa patriotik yang lebih harus ditekankan dari semasa ke semasa. Semangat cinta akan tanah air dan laungan “Merdeka” bukan dipupuk dan dilakukan pada bulan Ogos sahaja tetapi wajib ada pada setiap warganegara pada setiap masa.
Kita mengetahui bahawa sesebuah negara perlu sentiasa berubah dalam pelbagai aspek seperti ekonomi, sosial, politik, teknologi, informasi dan seumpamanya mengikut kehendak dan tuntutan zaman. Ini digelar periodisasi. Namun dalam periodisasi yang sama, erti kemerdekaan merupakan elemen penting yang tidak boleh dilupakan serta signifikannya dalam konteks membangunkan ekonomi, mempertahankan kestabilan politik, melahirkan insan berketrampilan dan berperibadi bitara, mengukuhkan identiti jati diri bangsa, memperkembangkan nilai-nilai murni kebangsaan serta mewujudkan kesejahteraan sosial.
Dalam hal ini, saya melihat erti kemerdekaan secara langsung berkait rapat dengan pembinaan negara dan bangsa maju berdasarkan acuan sendiri yang merupakan tugasan bersama seluruh rakyat Malaysia. Tidak dapat disangkal juga tugasan bersama ini bermaksud kerjasama dan kerahan tenaga dan minda rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Dalam konteks ini, negara kita bawah pimpinan Kerajaan BN sudah mempunyai visi dan misi sendiri tanpa dibelenggu dan dikawal mana-mana pihak dan boleh bertindak matang dan rasional secara berdikari. Ini perkara yang harus dibanggakan.
Ya, negara kita sudah merdeka. Kemerdekaan negara dapat dikekalkan sehingga hari ini adalah berkat hasil usaha dan perjuangan nenek moyang kita seterusnya dikekalkan melalui kecekapan pemerintahan Kerajaan BN selama ini tetapi anak-anak muda dan generasi akan datang jangan leka dan jangan sesekali alpa. Generasi muda zaman sekarang boleh disifatkan kurang menghayati semangat patriotik sehingga menyebabkan kurangnya jati diri dalam kalangan mereka. Kita jangan terlalu selesa dengan sejarah lampau dan kegemilangan negara harus diteruskan dengan agenda yang satu dan sokongan masyarakat majmuk Malaysia.
Dengan ini juga, saya juga mengambil peluang mengajak masyarakat setempat agar menghayati erti Kemerdekaan dan mempertahankannya serta mengenang jasa pejuang terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Ingat dan jangan lupa, penjajah sentiasa mencari jalan untuk menjajah negara kita dalam pelbagai cara seperti penjajahan minda dan ideologi. “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Salam Merdeka!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
YB Pang, well done on this article!
brother yb pang,
you punya tulisan ok. menarik. merdeka means to majukan dan mensejahterakan negara kita. setuju.
by the way, apa pasal you punya blog banyak ????????
best regards/ariff sabri
Post a Comment