PELBAGAI reaksi telah diluahkan selepas kenyataan Dato' Ahmad Ismail berkaitan kerakyatan bukan Melayu dalam siri ceramah di Permatang Pauh. Dalam ceramah tersebut, Dato'Ahmad Ismail didakwa menyatakan bahawa orang Cina adalah pendatang yang menumpang di Malaysia. Susulan daripada perkara itu, pelbagai tuntutan seperti meminta Dato' Ahmad Ismail dibuang dari parti, ditarik balik anugerah Dato', dikenakan pertuduhan menghasut dan sebagainya telah timbul. Secara peribadi, saya berpendapat bahawa isu ini tidak sepatutnya ditimbulkan kerana menyentuh sensitiviti perkauman dan menjejaskan kemesraan antara kaum yang dijalinkan sejak dari sekian lama lagi.
Dalam hal ini juga, saya merasakan bahawa soal kerakyatan adalah hak yang telah termaktub dalam perlembagaan Malaysia dan ini merupakan dasar tolak ansur yang melahirkan suatu jalinan akhwan yang digelar “kontrak sosial”.Realitinya, taat setia semua kaum yang ada di Malaysia tidak harus dipertikaikan lagi. Dari mana kaum Cina itu datang pun tidak perlu dipersoalkan. Kaum Cina generasi demi generasi sememangnya anak Malaysia yang dilahirkan, dibesarkan, diajarkan dan bersedia untuk berkorban demi tanah air kita sendiri. Tugasan yang lebih penting adalah komitmen, tolak-ansur, saling menghormati serta kerjasama yang harus semua kaum hulurkan demi merealisasikan tema kemerdekaan negara pada tahun 2008, iaitu “Perpaduan Teras Kejayaan”.
Kini sudah tiba masanya kita semua menghormati hak dan keunikan masing-masing supaya tidak timbul pertikaian yang mengguris perasaan pihak yang lain. Berlandasakan isu “penumpang” yang ditimbulkan oleh Dato' Ahmad Ismail, Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengarahkan Dato Ahmad Ismail supaya tidak mengulangi kenyataannya pada masa depan dan kemudian disusuli dengan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah mewakilinya memohon maaf atas kenyataan yang telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan kaum Cina. Tetapi apa yang dikesali adalah kenyataan yang semakin melampau telah terkeluar daripada mulut Dato' Ahmad Ismail, kemudian tindakan mengajak ahli lain untuk menyokong kenyataannya itu serta pelbagai langkah tidak masuk akal jelas membuktikan bahawa menutup kesalahannya dengan mengapi-apikan sentimen perkauman di negara.
Selepas isu ini menjadi semakin panas, akhirnya mesyuarat Dewan Tertinggi BN telah memutuskan Majlis Tertinggi (MT) Umno akan mengadakan mesyuarat khas untuk menentukan tindakan terhadap Dato' Ahmad Ismail. Jika dilihat dari perspektif ini, saya cukup kagum dengan kewibawaan dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri dan timbalannya. Tambahan pula, saya cukup menyanjung tinggi dengan tindakan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) akan menggubal kod etika bagi memastikan ahli parti gabungan itu tidak menyentuh isu sensitif yang boleh menyinggung perasaan ahli lain. Tindakan ini sekali gus mencerminkan keprihatinannya terhadap jalinan silaturahim antara kaum di negara kita. Bukan itu saja, tindakan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal yang menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menimbulkan isu perkauman di negara ini juga harus diberikan pujian yang setinggi-tingginya. Beliau juga menyifatkan bahawa isu perkauman sebagai membimbangkan kerana merupakan antara ancaman utama kepada pencetusan huru-hara yang mengancam keselamatan negara.
Apa yang pasti juga,saya percaya bahawa UMNO bukan sebuah parti perkauman serta kemungkinan besar kenyataan “penumpang” itu tidak mewakili suara pemimpin UMNO negeri Pulau Pinang mahupun negara dan lebih bersifat peribadi. Dengan cara kita sanggup menerima dan menghormati seadanya, dengan tekad kita berusaha dan berkorban demi Malaysia, dengan tekad tanpa mengira ras, agama dan bangsa, saya percaya pertikaian sebegini dapat diselesaikan dengan segera dan silaturahim akhwan harus sentiasa diadakan antara satu sama lain. Ingat, Perpaduan Teras Kejayaan. Salam!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Tahniah YB atas satu kupasan yang begitu menarik dan dalam nada yang begitu rasional.
Penumpang atau tidak bukan menjadi isu lagi. Ada masanya kaum Melayu menumpang dengan kaum Cina dan vice versa. Kita sama-sama menumpang di muka bumi ini untuk sama-sama mencari rezeki dan menikmati hidup yang aman damai.
Lupakan lah Ahmad Ismail itu dan kita tidak akan luntur semangat kerana seorang manusia yang bertindak sia-sia.
yb tauke,
ini essay yang baik. seperti yang saya selalu bilang sama you, ada 2 cina sahaja yang bagus cakap dalam dewan. seorang sudah keluar, tinggal seorang sahaja. tapi you sama sama tumpang pun mahu gaduh. saya tepuk tau.haha
jokes aside, i fully support your views. its what we make of the future so that everyone becomes a stakeholder, that is more important. where i dont agree with you is the intrusion into politics by herr general aziz. what the hell is he flirting with politics. you support him because it serves to strengthen your argument. you will not if you find yourself staring at the muzzle of an M16. regards/ariff sabri @sakmongkol.
Congratulations YB! I fully agree with what you said. We have to be united and think as one nation before we can move forward.
Lets take US for example, the criteria of a presidential election of US today is no longer talking about a white or a black. Barrack Obama's popularity in the US democratic party is a good example.
Like what DSN said, lets forget about Ahmad Ismail as he does not represent all Malaysians. It was just his very individual point of view that is worthless to be weighted so heavily.
Sakmongkol ak 47, I quite like what you have written but don't really understand your last statement about general Aziz. Would you please enlighten me?
dear someone we know from kl.
what i meant was it is highly irregular and improper for a serving military chief to make political statements. the military is apolitical. in my mind, this army general should be censored and disciplined. but if you may, please read my blogs further- the army general speaks and the way of the soldier. thank you.
Kita tidak semestinya berbincang tentang isu-isu perkauman jikalau negara kita maju dan kaya.
Jadi untuk memajukan negara dengan secepat mungkin, kita mesti bersatu-padu untuk menyumbang pada kemajuan negara dan sentiasa ingat bahawa kita semua penduduk Malaysia.
Kita semua sama-sama menumpang di tahah Malaysia sahaja.
Post a Comment