“BPR serbu Puspakom”
“3 anggota polis direman
bantu siasatan BPR”
“Adun Negeri Sembilan
ditahan BPR”
“Disyaki terima suapan
RM2,000 daripada kontraktor”
“MPSP tubuh jawatankuasa
pantau dakwaan pegawai pelesenan terima suapan”
SABAN hari, tajuk-tajuk sebegini semakin terpampang di dada akhbar tempatan sekaligus menyedarkan orang ramai keprihatinan kerajaan terhadap tahap integriti agensi dan badan kerajaan serta sector swasta. Begitu juga dengan peranan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang ditubuhkan pada 1 Oktober 1967 disifatkan semakin penting dalam membentuk sebuah kerajaan yang berintegriti, cekap, bersih dan amanah. Rasuah itu nanah dan barah, rasuah itu duri dalam daging yang mengundang sengketa, rasuah itu hina yang akan membawa kepada sengsara bangsa.
Saya mendapati fenomena membanteras kegiatan rasuah ini semakin menyedarkan orang ramai. Ingin saya petik kata-kata daripada YAB Dato´ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang pernah menyatakan,
“Bagi melaksanakan dan mencapai visi dan misi yang ditentukan, adalah penting pegawai dan staf BPR memperkukuhkan dan mempertingkatkan pengetahuan, profesionalisme serta melaksanakan kod etika jabatan”.
Sekalung pujian dan penghargaan harus dirakamkan kepada YAB Dato´ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang sentiasa tidak mengenal penat lelah mengaspirasikan sebuah kerajaan Malaysia yang bebas daripada perbuatan keji seperti rasuah. Dalam hal ini juga, Badan Pencegah Rasuah (BPR) juga sentiasa diseru supaya membanteras segala bentuk rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan secara berterusan tanpa mengira latar belakang dan kedudukan individu berkenaan.
Tidak kurang juga penghormatan harus diberikan kepada Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat yang mengalu-alukan siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap Puspakom Sdn. Bhd. Beliau juga berjanji tidak akan bertolak ansur serta melancarkan “pembersihan habis-habisan” terhadap gejala rasuah dalam agensi bawah pentadbirannya. Saya cukup kagum dengan kenyataan yang diluahkan oleh Datuk Ong Tee Keat, iaitu
“Saya sudah muak dengan gejala rasuah ini dan tidak akan bertoleransi terhadap pegawai kementerian yang bersubahat melakukannya. Saya mahu BPR terus melakukan penyiasatan terhadap agensi lain pula di bawah kementerian selepas menyerbu Puspakom kelmarin. Kementerian juga tidak cuba campur tangan atau melindungi sesiapa.”
Dalam usaha memulihkan keyakinan rakyat terhadap teraju kerajaan BN, saya melihat tindakan Datuk Ong Tee Keat itu akan membuka mata semua pihak kerana penekanan beliau dalam aspek “Kepimpinan Melalui Teladan”.
Tuntasnya, mereka yang ditangkap kerana terbabit dengan penahanan berkaitan rasuah itu memberikan implikasi terhadap diri individu terbabit, masyarakat, agama, bangsa dan negara. Kerajaan memang bertungkus-lumus menjadikan rasuah sifar, namun bukan mudah untuk membasmi rasuah sama seperti usaha kerajaan menghapuskan penyalahgunaan dadah. Konsep “Bersih, Cekap dan Amanah” akan tetap diteruskan dan didokong oleh iltizam dari kepimpinan dan budaya kerja. Selamat berjuang!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
YB, Bukan banyak orang tahu baca blog ini tetapi saya suka baca blog anda. Itu pun kerana saya faham mesej YB.
YB, keep it up.
YB, may I invite you for a discussion? Will email you shortly. Great job on this blog.
Post a Comment