September 26, 2008
Satu lagi Program Latihan Peningkatan Kemahiran Industri Khas
Pendidikan berterusan akan meningkatkan kemahiran dan produktiviti industri di dalam negara sekali gus melahirkan para graduan yang berdaya saing tinggi. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pendidikan Berterusan, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) akan menganjurkan Program Latihan Peningkatan Kemahiran Industri Khas untuk siswazah (INSEP) bagi lepasan Ijazah dan Diploma pada bulan Oktober 2008. Program ini adalah khas untuk siswazah lepasan Ijazah dan Diploma yang masih belum mendapat pekerjaan tetap. Dengan ini, secara tidak langsung dapat meningkatkan kredibiliti Ijazah dan Diploma yang dimiliki oleh siswazah bagi meningkatkan kebolehan, kemahiran dan kematangan bekerja mereka di dalam industri. Terdapat 12 kursus yang ditawarkan kepada para peserta dan elaun sebanyak RM500.00 sebulan akan diberikan kepada setiap peserta. Tempoh kursus tersebut adalah selama 7 bulan. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:-
1) Management of Industrial Operation
2) Piping Engineering for Processing Plant
3) Engineering Product Design
4) Mechanical and Electrical Building Services
5) Industrial Automation
6) Medical Electronics
7) Microelectronic Technology
8) Building Constriction Technology
9) Landscape Project Management
10) Industrial Trainer
11) Welding and Non-Destructive Testing
12) Occupational Safety and Health
Untuk maklumat yang selanjutnya, sila hubungi Pn. Adzhani, Cik Faridah atau En. Md Adib di talian 07-4537148 / 07-4537197 atau melayari laman web: www.uthm.edu.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment