
BULAN ini penuh dengan sambutan perayaan yang cukup memeriahkan dan menggembirakan. Seperti pengakuan saya sebelum ini, Malaysia merupakan sebuah negara yang penuh dengan keunikan dan keistimewaan. Kepelbagaian agama dan kaum merupakan rahmat bumi bertuah ini. Dalam merasai bahang sambutan Hari Raya Aidilfitri lagi, kita masih dibanjiri dengan jamuan hari raya, kini tibalah giliran rakan-rakan kita yang berbangsa India dan beragama Hindu untuk menyambut perayaan Deepavali.
Amalan rumah terbuka dan kunjung-mengunjungi akan berterusan dan percampuran antara pelbagai kaum ini secara langsung meningkatkan integrasi nasional dan saling memahami secara mendalam. Dengan ini, saya berharap rakyat Malaysia dapat mengambil peluang ini untuk saling mengunjungi ke rumah saudara-mara dan rakan-rakan yang berbilang kaum serta sama-sama meraikan musim perayaan yang penuh dengan keistimewaan ini. Dalam menuju jalan yang hendak pulang ke kampung halaman, memandulah secara cermat dan berhati-hati, ingatlah orang yang tersayang. Saya juga mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya mereka yang berbangsa India dan beragama Hindu. Happy Deepavali..!
7 comments:
Tahniah YB Dato' Pang diatas pengurniaan Darjah DIMP yg membawa gelaran Dato' oleh KDYMM Sultan Pahang sempena Hari Keputeraan tahun ini. Tahniah! Moga gelaran itu akan membuat Dato' bekerja lebih keras untuk kebaikan penduduk Semambu.
Ikhlas Dari Dato' Shamsuddin Nawawi
Congratulation my dear YB Dato' Pang
Dato' Shamsuddin and TS,
Thank you for your kind wishes and support. I will continue to seek for guidance from you and do as advised.
Cheers to you both!
YB DATO' saya sebagai pengundi dan penyokong YB sangat bangga dan gembira atas pengurniaan Darjah DIMP kepada YB..saya dan seisi keluarga mengucapkan tahniah dan syabas.
Kesempatan ini juga, ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Dato' yang selama ini selalu memgambil berat tentang kampung kami walaupun kampung kami bukanlah perkampungan besar.
Yang ikhlas,
Rodiah Bt Yusof dan keluarga
(RTP Bkt Goh)
拿督,
恭喜你...我诚心的祝福您"万事顺利 步步高升" 您的热心服务 我们很感恩 !!
YB Datuk congrat's and all the best to you !
Happy Deepavali to u too and congratulation
Mr & Mrs Matnivanam
Post a Comment