October 16, 2008

Surat Layang Musibah Bangsa


TINDAKAN calon Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat yang didakwa kononnya beliau mempunyai aset RM21 juta serta mempunyai banyak harta termasuk banglo, rumah teres, kedai, kilang dan kondominium di sekitar Selangor, yang sewanya diperolehi setiap bulan telah memberanikan diri untuk membuat laporan polis berhubung perkara fitnah tersebut. Tindakan sebegini adalah disifatkan sebagai wajar dan rasional berikutan nama baik parti dan pemimpin adalah sangat penting dan kami memerlukan pemimpin yang betul-betul berintegriti.

Sehubungan itu, surat layang dan fitnah yang tidak berasas ini boleh memusnahkan karier politik seseorang kalau tidak dikendalikan dan diselesaikan dengan berkesan dan rasional. Tindakan calon Presiden MCA yang melaporkan kes ini kepada polis turut membantu mengekang budaya surat laying dan fitnah yang kian menjadi-jadi dalam politik. Dalam keadaan parti yang memerlukan perpaduan dan pembaharuan positif, budaya seperti ini harus dikikis sama sekali supaya kebersihan dan keadilan dalam undian dan amalan sistem politik dapat dikekalkan seterusnya mengembalikan keyakinan rakyat jelata terhadap ketrampilan parti pemerintah negara.

Tuhan tidak akan mengubah nasib satu-satu kaum melainkan kaum itu sendiri. Pepatah ini jelas menunjukkan bahawa keikhlasan, daya usaha dan yang paling penting perpaduan dalam satu-satu bangsa supaya dapat menguasai nasib diri dan bangsa sendiri. Sudah tentu isu perpaduan nasional akan menjadi agenda penting dan suatu cabaran kepada kita semua sebagai rakyat Malaysia supaya berusaha menangani secara berdepan, dengan jujur dan penuh kefahaman. Budaya surat layang dan fitnah-memfitnah akan terus menjadi duri dalam daging dan musibah bangsa dan akhirnya kita akan memakan diri. Sekian.

2 comments:

Ariff Sabri said...

taniah dato pang tsu ming.
all the best to you.
with warmest regards/sakmongkol

Pang Tsu Ming said...

Thank you Sakmongkol! Cheers!