December 18, 2008

Astana Golf Resort dan Pembalakan di UIA


Gambar - Pang Memberi Penjelasan Kepada Pekerja-Pekerja Astana.
12/12/08(Indera Mahkota)-Pada dua minggu yang lepas, saya telah mewakili J/K Biotech negeri Pahang untuk menghadiri Seminar Biosains di Bangkok. Keadaan politik yang cemas di negara Thailand telah menyebabkan kami terkandas di Bangkok. Kemudian, selepas balik ke Kuantan, barulah saya menyedari 2 perkara berlaku di kawasan saya, iaitu a) “Receiver” telah dilantik untuk mengambilalih kuasa pengurusan Astana Golf Resort dan b) pembalakan yang membimbangkan di kawasan UIAM berdekatan dengan perumahan Taman Polo, Indera Mahkota.

Berkenaan dengan Astana Golf Resort, pihak bank dan “Receiver” telah mengambilalih segala kuasa pengurusan dan operasi telah diberhentikan sementara. Ini telah menyebabkan kerisauan dan kebimbangan kakitangan resort akan pekerjaan dan masa depan mereka. Selepas pulang dari Bangkok, dengan segera saya telah menghubungi pengurusan PKNP untuk mengetahui lebih lanjut tentang masalah ini dan tiada penyelesaian yang muktamad ketika itu.

Pada pagi 12/12/08, saya telah mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan kakitangan resort untuk mendalami situasi semasa dan masalah yang mungkin timbul. Saya difahamkan bahawa pengurusan PKNP dan bank masih dalam proses perundingan. Kepada kakitangan resort, saya percaya masalah ini akan dapat diselesaikan dengan secepat mungkin serta peluang pekerjaan dan kebajikan mereka juga akan diberi perhatian. Saya sebagai wakil rakyat adalah sentiasa bersedia untuk membantu sekiranya timbulnya apa-apa masalah terutamanya apabila berkaitan dengan kebajikan kakitangan.

Sementara itu, saya juga menyedari aduan daripada penduduk tentang pembalakan dalam kawasan UIA berdekatan kawasan perumahan Taman Polo. Kawasan perumahan di situ berdekatan dengan kawasan lereng bukit. Para penduduk telah melahirkan seribu kerisauan dan takut selepas kejadian tanah runtuh di Ulu Yam dan Bukit Antarabangsa. Mereka risau akan kejadian pembalakan yang tidak terkawal itu akan memberikan kesan buruk dan menyebabkan bencana alam seperti tanah runtuh.

Dalam masa yang segera, saya telah menghubungi Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan UIA untuk tujuan penjelasan dan tindakan susulan. Saya telah meminta pihak tersebut supaya mengadakan taklimat yang menerangkan kesan pembalakan kepada para penduduk. Namun demikian, sehingga hari ini saya masih menunggu jawapan daripada pihak berkenaan. Dalam mesyuarat tindakan Dearah pada 16/12/08, saya juga memohon pihak berkuasa seperti MPK dan Jabatan Alam Sekitar supaya mengambil tindakan yang sewajarnya untuk meneliti dan mencari kaedah-kaedah pemulihan atas kemusnahan alam sekitar dikawasan tersebut. Saya berharap kedua-dua perkara ini dapat diselesaikan dengan berkesan dan segera.

1 comment:

Anonymous said...

Keperihatin YB Dato' kepada rakyat adalah ikhlas dan benar.

Ramai penduduk di kawasan Dato' sudah tahu perangai Dato'... Dato' bukan orang yang suka janji itu janji ini.. yang Dato' janji, Dato' akan tunaikan.

Terima Kasih Dato' dan Selamat Hari Natar.

Ahmad Sukri Mustafa