
INSIDEN tanah runtuh yang melanda Ulu Yam dan Bukit Antarabangsa sejak akhir ini adalah amat berkaitan dengan hujan yang turun pada musim tengkujuh. Insiden yang meragut nyawa dan harta benda ini merupakan bencana alam yang tidak diingini. Saya turut melahirkan rasa kesedihan dan bersimpati atas kejadian ini. Semoga mangsa kejadian boleh bangkit semula daripada kesedihan dan membina semula keyakinan dalam meneruskan kehidupan.
Setakat ini, kita masih lagi bersyukur kerana tiada lagi laporan kehilangan nyawa akibat bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh di sini. Namun demikian, hujan yang turun tanpa henti telah menimbulkan kesulitan kepada pelbagai pihak. Putusnya bekalan elektrik dan air ke 80% kawasan di Kuantan adalah disebabkan kebakaran yang berlaku di Stesen Transmisi Elektrik Indera Mahkota Kuantan. Kebakaran ini telah menyebabkan kerosakan serius kepada fungsi stesen tersebut. Sebagai akibatnya, tenaga elektrik yang sepatutnya digunakan untuk tujuan pengepaman air ke loji air kawasan sekitar Kuantan di Kobat gagal berfungsi dengan sempurna.
Secara terus-terang, rumah saya sendiri juga mengalami masalah putus bekalan air yang sama dengan masyarakat di sekitar Kuantan. Saya cukup memahami kesulitan yang dialami oleh para penduduk jika tiada bekalan air ke rumah. Oleh itu, saya telah menghubungi pihak Jabatan Bekalan Air (JBA) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan segera untuk tindakan selanjutnya. Saya dimaklumkan, pada masa ini, kerja pembaikan sedang giat dijalankan sejak beberapa hari yang lalu dan sebagai alternatif mengatasi masalah kekurangan air dalam kalangan penduduk, saya memohon jasa baik pihak JBA untuk mengagihkan bekalan air melalui water tanker kepada para penduduk di beberapa kawasan.
Dalam hal ini, kita tidak boleh salahkan mana-mana pihak kerana semua ini merupakan kemalangan yang tidak diingini. Sebaliknya, kita harus berfikiran optimistik dan positif. Saya berharap kerja pembaikan yang dijalankan tanpa henti ini akan siap dalam masa yang singkat seterusnya para penduduk di sekitar Kuantan akan menikmati bekalan air secepat mungkin.
1 comment:
It is good that you have taken the pain to not only contacted the relevant authorities to know the causes of the disruption,
... but also written this piece to tell the people concerned on the real reason behind this mishap.
As usual, when this thing happens, JBA has always been the target of fierce criticism.
But, this latest incident showed that, it was due to some faulty at the TNB station in Indera Mahkota that resulted in Kobat not getting the power supply to run its operation.
TUMPANG LALU
Post a Comment