December 27, 2008

Efesien Tingkatkan Keyakinan Masyarakat


Pengerusi dan AJK KRT Tmn Fairmont Membantu Dalam Kerja-kerja Pembersihan.

13/12/2008 (Taman Fairmont) – Hari ini kebetulan saya minum bersama pengerusi KRT Taman Fairmont, Sdr Quek Tai Seong di sekitar kawasan tersebut. Para peniaga telah membuat aduan tentang keadaan longkang yang tersumbat kerana tidak dibersihkan telah menyebabkan bau kebusukan.

Saya meminta Sdr. Quek untuk menghubungi Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan Alam Flora untuk mencari jalan penyelesaian. Tanpa disangka, dalam masa 3 hari MPK dan Alam Flora telah bertindak membersihkan masalah longkang tersumbat itu dengan menggunakan kaedah pancutan air melalui pengepaman.

Saya amat menghargai tindakan segera daripada kedua-dua pihak tersebut yang menyelesaikan masalah masyarakat dengan segera. Kepantasan dan sifat efesien yang cepat bertindak inilah telah menunjukkan kerpihatinan kerajaan tempatan terhadap kebajikan dan keperluan masyarakat. Saya percaya jika sifat sedemikian ini dikekalkan dan diterapkan kepada semua jabatan kerajaan, kita akan dapat meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan BN dalam masa yang singkat.

1 comment:

Anonymous said...

YB DATO',

kebelakangan ini memang kita sudah nampak banyak perubahan atau perningkatan dari segi mutu dan perkhidmatan oleh jabatan-jabatan kerajaan atau sektor awam. Situasi begini memang perlu diteruskan atau dipertingkatan lagi mulai sekarang. Rakyat akan nampak atau rasai perubahan yang dilakukan oleh kerajaan BN. TERUSKAN BN !!!!!