17/12/2008 (Taman Impianku) – Minggu lepas saya telah menerima aduan daripada Sdr. Regunathan (Pengerusi cawangan MIC) tentang kebocoran paip merata-rata tempat di Taman Impianku, iaitu kira-kira 30 lokasi di kawasan perumahan itu. Selain itu, beliau juga mendapati kebocoran piap yang berlaku berdekatan sub-station TNB. Terima kasih atas keprihatinan Sdr. Regu.
Tanpa melengahkan masa dan memandangkan kemudahan awam perlu dijaga, saya terus menghubungi pihak Jabatan Bekalan Air (JBA) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk tindakan selanjutnya kerana kejadian sebegini jika tidak diselesaikan secepat mungkin akan menyebabkan kerosakan atau kemusnahan kepada substation di kawasan itu.
Setakat ini, JBA sudah bertindak membaiki 26 lokasi yang diklasifikasikan kebocoran paip air dan selebihnya akan dibaiki dalam masa yang singkat. Begitu juga dengan TNB yang sudah berjanji akan membersihkan kawasan sub-station dan melakukan kerja pencegahan bagi mengelakkan air mengalir ke dalamnya. Jika kita prihatin terhadap hal-hal yang berlaku di sekitar kita, kita bukan saja akan dapat membantu kita sendiri, malah semua orang di sekitar kita akan menikmati manfaatnya.
2 comments:
Wonderful job YB! Could you follow up with the MPK swimming pool management and perhaps assist them to resume operation? It has been closed to the public for more than a year and no pool repairs take so long.
Together we make Kuantan an inhabitable township.
Sekapur sirih seulas pinang.
Dear jlvk,
TQVM for bringing up the matter. The long closure of the swimming pool is also of my great concern.
I have been following up closely with the relevant departments and even to the extend of getting the minister to visit the site a couple of months ago.
The preliminary report has indicated a RM2.5 million being cost needed to upgrade the pool and its facilities.
However, the ministry has allocated a repair budget of RM500,000 to Jabatan Sukan & Belia Negeri Pahang this year.
The repair work of the swimming pool will be carried out by JKR and hopefully they can start work soon in 2009.
Post a Comment