9/12/1008 (Indera Mahkota) – Hari ini, saya menerima satu panggilan daripada Encik Redzuan (Sinar Harian) yang memberitahu saya bahawa telah berlaku kejadian hakisan tanah di tepi Jalan By-Pass, Indera Mahkota. Terima kasih atas keprihatinan dan kepekaan beliau terhadap keselamatan awam. Tanpa melengahkan masa, saya terus pergi meninjau keadaan di tempat kejadian dan mendapati hakisan tanah telah berlaku akibat daripada hujan yang turun sejak beberapa hari yang lepas. Hakisan tanah tersebut telah menyebabkan tiang lampu di tepi jalan turut ditumbangkan. Namun demikian, hakisan tanah tersebut belum melimpah banyak ke jalan raya.
Tanpa membuang masa juga JKR untuk tindakan susulan yang selanjutnya kerana saya percayai hakisan sebegini boleh menjadi lebih teruk jika tidak dikawal dengan baik. Hakisan yang melimpah ke tengah jalan raya nanti mungkin akan mengakibatkan kemalangan jalan raya atau insiden-insiden tidak diingini yang lain.
Pihak JKR yang menerima panggilan daripada saya telah segera mengambil tindakan dengan meletakkan halangan atau kon jalan raya yang bersesuaian serta membaik pulih hakisan tersebut dengan tampalan sementara. Tindakan sebegini boleh mengelakkan hakisan yang lebih teruk daripada berlaku. JKR juga menjelaskan kepada saya bahawa mereka yang menghubungi kontraktor untuk pembaikan sepenuhnya dalam masa yang terdekat.
No comments:
Post a Comment