December 12, 2008

Persiapan Pusat Pemindahan Mangsa Banjir


Gambar- Pang bersama Pengerusi dan AJK J/K Pusat Pemindahan Mangsa Banjir SK Cenderawasih

10/12/2008 (Kuantan) – Hujan yang telah turun sejak beberapa hari lepas telah menambahkan kerisauan orang ramai terhadap banjir yang mungkin akan berlaku. Bak kata pepatah “Sediakan Payung Sebelum Hujan”. Persediaan yang mencukupi membolehkan kita mencegah dan menghadapi sesuatu bencana dengan lebih berkesan.

Saya telah mengambil kesempatan ini untuk meninjau persediaan serta persiapan pusat pemindahan dan penempatan mangsa banjir beberapa kawasan pengundi saya yang dikategorikan sebagai kawasan banjir berisiko tinggi. Kawasan tersebut ialah SK Cenderawasih di kawasan Cenderawasih, balai raya di Kampung Tiram dan balai raya di Kampung Padang. Tujuan peninjauan saya pada kali ini adalah untuk melihat persediaan pusat dan peralatan menyelamat di kawasan tersebut.

Saya berasa puas hati kerana segalanya berjalan dengan lancar. Persediaan yang mencukupi tidak akan menyebabkab keadaan kelam-kabut ketika banjir berlaku nanti. Saya berharap para penduduk, sukarelawan dan pegawai bertugas akan sentiasa peka dan bersedia untuk menghadapi apa-apa kemungkinan yang akan berlaku nanti.

No comments: