December 28, 2008

Kemudahan Asas Penduduk Perlu Dijaga

Gambar- Pang, Baharom dan Basid (Ketua Cawangan UMNO)Meninjau Kemudahan Awam.
Gambar- Dapur, Dewan hidangan, Stor dan Pagar Masjib Yang Usang.
Gambar- Balairaya Selepas Kerja Naiktaraf.

17/12/2008 (RTP Bukit Goh) – Kemudahan asas seperti masjid, balai raya, tabika, kemudahan awam dan sebagainya masih usang di RTP Bukit Goh semenjak saya menjadi ADUN pada tahun 2004. Namun dalam situasi sebegini, saya cuba sedaya upaya untuk memohon peruntukan bagi memperbaiki sebanyak mungkin kemudahan asas yang menjadi keperluan masyarakat setempat.

Sehingga kini, saya berasa syukur kerana masjib, balairaya dan tabika di kawasan itu telah diselenggara dan dinaiktaraf. Namun demikian, masih terdapat beberapa kemudahan asas seperti dapur, dewan hidangan, stor dan pagar di masjid yang mesti dibina semula akibat daripada keusangan. Bangunan tabika lama dan padang bola juga diharapkan akan mendapat perubahan.

Hari ini, saya bersama Juruteknik dari Pejabat Pembangunan negeri Pahang, Encik Baharom telah membuat pemantauan dan penilaian di kawasan itu dan saya telah membuat permohonan peruntukan melalui pejabat berkaitan. Saya berharap permohonan ini akan dapat diluluskan supaya dapat mengubah kemudahan asas di kawasan itu yang akan memudahkan penggunaan penduduk setempat.

No comments: