December 8, 2008

Susah Dahulu, Senang Kemudian


5/12/08 (Jalan Haji Ahmad) – Kesibukan dan kesesakan trafik di Jalan Haji Ahmad memang tidak dapat dinafikan dari semasa ke semasa, terutamanya pada waktu kemuncak, iaitu waktu para pemandu pergi dan balik dari pejabat mereka. Oleh sebab itu, jalan tersebut perlu dinaiktaraf dari satu lorong menjadi dua lorong sehala.

Projek mega ini telah dirancangkan sejak beberapa tahun yang lepas dan memerlukan RM 12 juta untuk projek naik taraf ini. Oleh sebab terdapat rintangan daripada segi bajet dan peruntukan, proses naik taraf ini terpaksa ditangguhkan. Dalam hal ini, saya telah beberapa kali membangkitkannya didalam sidang Dewan dan peringkat Dearah. Perkara ini telah mendapat perhatian daripada pihak berkuasa untuk menyelesaikan kesesakan lalulintas di kawasan ini.

Saya telah mengambil kesempatan untuk meninjau perkembangan projek naik taraf dimana pihak JKR terpaksa mencari peruntukan RM550,000.00 untuk menyelesaikan kesesakan di beberapa lokasi kritikal, iaitu persimpangan masuk ke Bukit Sekilau, persimpangan Kem Galing, persimpangan di depan Restoran Nan Foong dan persimpangan di depan Restoran Liang memandangkan peruntukan keseluruhan projek berkenaan belum diluluskan manakala keadaan kesesakan trafik waktu kemuncak semangkin kritikal.

Selain itu, kerajaan negeri juga akan memohon supaya jalan ini dijadikan sebagai sebagai jalan raya persekutuan untuk mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Pusat bagi menaiktarafkan jalan tersebut. Saya berharap projek ini akan berjalan dengan lancar supaya para pemandu dan penduduk di sekitar sana akan menikmati kemudahan yang sedia ada dan kesesakan lalu lintas dapat diminimumkan.

2 comments:

Anonymous said...

Walk the talk,don't just talk. Everyone can talk.

Pang Tsu Ming said...

Dear Cynic,

Thank you for your comment. Have a good day!