December 9, 2008

Wushu Pahang sekali lagi Mencatat Nama..!!! 彭亨武术总会再夺银牌!!!

Gambar-Dari kiri, How, Quek, Yin Lei dan Tyhe.

Dalam Pertandingan Seni Mempertahankan Diri (Wushu) Kebangsaan 2008 yang diadakan di Pulau Pinang, Thye Chuan Jet dari Kuantan telah melepasi halangan demi halangan seterusnya membawa berita baik dengan memenangi pingat perak untuk Persekutuan Wushu Negeri Pahang.

Thye Chuan Jet yang hanya berusia 14 tahun mendapat pingat perak dalam acara “Chien-Suk”. Persekutuan Wushu Negeri Pahang hanya menghantar dua orang peserta, iaitu Thye Chuan Jet (14) dan How Kok Yew (21). Pengurus pasukan, iaitu AJK Persekutuan Wushu Negeri Pahang, Sdr Quek Tai Seong dan jurulatih Yin Lei bertindak sebagai pengemudi pasukan pada pertandingan kali ini.

Selaku Pengerusi Persekutuan Wushu Negeri Pahang, sekali lagi saya mengucapkan syabas kepada Thye Chuan Jet dan berharap dia akan menggandakan dan menggiatkan usaha dalam latihan bersama jurulatih untuk menghadapi pertandingan akan datang supaya berjaya memenangi pingat emas buat Persekutuan Wushu Negeri Pahang. Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dan pegawai-pegawai MSP…

来自关丹的戴传杰日前在槟城所举办的2008年度全国自卫武术竞标赛中过关斩將,为彭亨武术总会贏得一枚银牌﹗

年仅14岁的戴传杰在这次的竞标赛中夺获传统拳术银牌。此次的参赛队伍由总会秘书郭大雄领队,本会教练尹雷一同随行。本会共派出2名代表,包括候国耀(21岁)和戴传杰(14岁)参加这项由全国青年体育部主办的比赛。

对于这次传来的佳音,身为彭亨武术总会主席,我除了再次恭贺并祝福戴传杰同学,更热切希望戴传杰同学能够更加积极接受训练,以最好的状态,应付来临的比赛,为彭亨武术总会摘取金牌。

No comments: