

11/1/2008 (Indera Mahkota) – Seperti tahun-tahun yang lepas, MCA Bahagian Indera Mahkota juga mengadakan Pesta Sambutan Tahun Baru Cina Untuk Warga Emas. Tahun ini, selepas hebahan yang dibuat melalui media massa, warga emas berbilang kaum yang sudah menjangkau 65 tahun di dalam kawasan Parlimen Indera Mahkota telah bergembira dengan menerima angpau dan sumbangan bentuk makanan.
Pada pagi 9.30am, kira-kira 1,000 orang telah membanjiri bangunan MCA Bahagian Indera Mahkota di Bukit Sekilau. Saya berasa cukup syukur melihatkan kegembiraan warga emas ini di atas kegembiraan saya sendiri. Walaupun jumlah sumbangan tidak dikatakan banyak, tetapi pemberian ang pau ini merupakan satu tanda keprihatinan dan tradisi masyarakat Cina. Saya berharap dengan adanya program ini, mereka dapat meraikan Tahun Baru Cina “Lembu” ini dengan lebih meriah dan penuh kegembiraan. Hal ini juga merupakan lanjutan tradisi Cina diman pemberian angpau akan dapat memberikan tuah juga kepada penerimanya. Terima kasih harus diucapkan kepada jawatankuasa pengelola yang mengadakan program ini dengan begitu berjaya.
Sambutan Tahun Baru Cina merupakan sambutan tradisi kaum Cina di negara kita. Biasanya, pelbagai persediaan termasuklah pakaian baru, biskut-biskut, limau dan lain-lain akan disediakan. Saya juga berharap bahawa sumbangan ikhlas dalam bentuk ini akan membantu mencukupkan persediaan warga yang datang di samping meraihkan kegembiraan perayaan bersama kaum-kaum yang lain di Malaysia.
Dalam pada itu, saya juga berharap melalui program amal seperti ini, secara tidak langsung dapat merangsang pelbagai badan NGO dan individu supaya melibatkan diri dalam menjayakan program amal. Program sebegini juga tidak semestinya diadakan menjelang sambutan perayaan sahaja, namun sesuai diadakan pada bila-bila masa sahaja supaya semangat penyayang dapat dipupuk serta meningkatkan keprihatinan terhadap warga emas dan golongan yang memerlukan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Begitulah satu-satu cara untuk memberikan peluang kepada warga tua untuk merasai bahawa masih ada yang menyayangi sesama dalam masyarakat kita ini.
Saya ingin menekankan bahawa orang yang menyayangi akan disayangi, perasaan “masih ada sayang” harus dirasai kita bersama dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia ini.

今早的这个善举,将可以为我们的社会带来抛砖引玉的效果,从而唤醒社会上的人士正视“助人为快乐之本”的精神,为不幸的人士,能感受到世间的温情存在。希望能够通过这种的善举,激起社会各阶层的回响,共同塑造一个爱心社会。
今年度的施赠贫老活动是温馨的,不分宗教信仰的贫老集聚一堂,共庆新春佳节 。我们彼此都融入这个多元种族的现实环境,在新的一年里,让我们共同祈求我国马来西亚“国泰民安,风调雨顺!”谢谢大家。
No comments:
Post a Comment