February 13, 2009

Pembeli Rumah Terbengkalai Akhirnya Lega


Gambar-YH Dato' Ahmad Azizi Hj Ali bersama pegawai-pegawai SPNB sedang menijau kerja-kerja pemulihan.

04/02/09 (Beserah) - Projek pembinaan Taman Dato’ Abdul Rashid Salleh yang diambil alih oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akhirnya selesai lebih awal daripada tarikh jangkaan dan proses memperoleh Sijil Kedudukan (CF) sedang dijalankan. Perbelanjaan pemulihan RM20 juta atas pembinaan taman perumahan terbengkalai ini kini hampir selesai dan hanya sebahagian kemudahan asas belum disiapkan.

Projek Taman Dato’ Abdul Rashid Salleh yang mengandungi 472 buah rumah kos rendah, 212 rumah kos sederhana rendah, 132 buah rumah kos sederhana dan 42 buah kedai tidak mendatangkan sebarang keuntungan kepada SPNB, tetapi hanya merupakan suatu kelengkapan kerajaan atas dasar keprihatinan. Projek swasta yang pada mulanya dikendalikan oleh Totalhill Development Sdn. Bhd ini mulai pada tahun 1995 dan terbengkalai pada tahun 1997, aduan telah dikemukakan kepada saya. Saya memahami serta meneliti beban dan kesulitan yang dialami oleh para pembeli berpendapatan sederhana dan rendah kerana mereka terpaksa menanggung kos sewa rumah, pinjaman perumahan dan sebagainya.

Pada tahun 2004, prosidur perundangan yang rumit, memakan masa dan melibatkan pelbagai pihak termasuklah tuan tanah, institusi kewangan, para pembeli, pemaju perumahan dan lain-lain telah diusulkan oleh saya kepada pihak SPNB. Saya bersama wakil-wakil pembeli telah beberapa kali mengadakan perbincangan untuk memohon bantuan daripada pihak SPNB. Akhirnya, tengah tahun 2006 telah membawa hasil apabila kerajaan melalui SPNB telah mengambil alih sepenuhnya projek tersebut bagi melengkapkan pembinaan.

Pengurus Besar Pelaksanaan SPNB, YH Dato’ Ahmad Azizi Haji Ali yang prihatin dan mesra bersama dengan pegawai-pegawai SPNB yang terlibat telah memamtau perlaksanaan projek ini degan baik. Setakat ini, proses perjalanan segalanya agak berjalan lancar dan saya ingin melahirkan kesyukuran dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan projek pembinaan ini.

No comments: