07/02/09(Indera Mahkota) - Dua minggu ini, saya telah menghadiri dan merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah di SK Semambu dan SK Indera Mahkota. Dalam ucapan saya, saya telah menegaskan tentang kepentingan kerjasama antara pihak sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid bagi mewujudkan kejayaan pada masa depan melalui moto “Insan Cemerlang Akademik Gemilang, Pembelajaran Berkesan Akademik Cemerlang, Ibu bapa Perhatian Anak-anak Pasti Terbilang”.
Saya juga gembira kerana berkesempatan memperlihatkan kejayaan bakal tiang negara kita dalam pencapaian akademik. Saya percaya dengan pelaksanaan sistem pendidikan yang sistematik, disusuli dengan kokurikulum yang berkesan, minda anak-anak kita dapat berkembang selari dengan situasi semasa daripada aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam mengejar pencapaian akademik dan kokurikulum, saya tidak lupa mengingatkan para hadirin tentang kepentingan sahsiah. Bukan itu sahaja, bagi saya, ilmu adalah sangat penting diaplikasikan dalam kehidupan harian dan segala aspek sama ada urusan rasmi atau tidak rasmi.
Selamat bertugas, Dato’.
No comments:
Post a Comment