26-03-2009-(Indera Mahkota)Saya berasa cukup bersyukur kerana Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan kepada anak-anak yatim dan warga mas dalam kawasan DUN Semambu telah selamat dan lancar dijalankan. Seramai 103 anak yatim dan 5 orang warga mas telah menerima sumbangan derma sebanyak RM300 setiap penerima.
Dalam ucapan saya ketika majlis, saya telah menyatakan bahawa walaupun jumlah wang yang diberikan kepada mereka adalah tidak seberapa, tetapi jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap kebajikan masyarakat khususnya mereka yang tidak bernasib baik. Saya juga berharap penerima sumbangan akan dapat memanfaatkan sumbangan tersebut dalam bidang pendidikan.
Dalam pada itu, saya juga menyeru kepada ibu bapa dan para penjaga supaya harus mementingkan pendidikan anak-anak walaupun berada dalam keadaan yang miskin. Kita tidak harus menjadikan miskin itu alasan kerana hanya pendidikan yang mampu mengubah nasib keluarga pada masa depan memandangkan pembangunan negara dan global yang seiring dengan arus pemodenan. Saya juga memberikan contoh bahawa ramai peniaga dan tokoh usahawan yang berjaya sekarang berasal daripada keluarga yang miskin serta hanya pendidikan yang mampu memperbaiki dan meningkatkan taraf hidup sesebuah keluarga.
Hasrat ibu bapa, para penjaga untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak ke peringkat yang lebih tinggi tidak harus tergendala memandangkan kerajaan negeri melalui agensi-agensi seperti Yayasan Pahang sentiasa membantu murid-murid miskin dari segi pelbagai program bantuan pendidikan termasuk biasiswa dan pinjaman. Kita juga harus bersyukur kerana Menteri Besar Pahang, YAB. Dato' Sri Haji Adnan Bin Haji Yaakob amat mengambil berat terhadap kebajikan dan pendidikan masyarakat miskin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment