04-06-09 - (Kuantan)Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana turut dijemput untuk menyambut bersama perayaan Vagasi Visagam di Kuil Sri Murugan pada 4 Jun 2009. Kehadiran melebihi seribu penganut agama Hindu telah memeriahkan suasana sambutan. Dalam ucapan saya, saya telah menyeru bahawa perpaduan adalah amat penting pada masa sekarang dan kita perlu bekerjasama bagi mengekalkan keamanan masyarakat berbilang bangsa ini. Saya juga sedar bahawa semua orang mempunyai fahaman politik yang berlainan tetapi isu agama dan perkauman bukanlah sesuatu yang harus diapi-apikan.
Suatu perkara yang ingin saya sebut di sini adalah berkaitan dengan tanah kuil ini. Tanah kuil ini pada asalnya merupakan hal milik Jabatan Belakan Air dan beberapa tahun yang lepas mereka telah menuntutnya kembali. Atas pertimbangan yang wajar, kerajaan negeri telah meluluskan tanah seluas 3 ekar di Kampung Tiram untuk kegunaan para penganut Hindu.
Sekarang, tibalah masa untuk ahli jawatankuasa kuil untuk merancang dan mengaturkan perpindahan kuil ini supaya lebih selesa digunakan oleh para penganut dalam upacara sembahyang pada masa hadapan. Saya berharap proses ini akan berjalan lancar dan kita sama-sama menikmati kebebasan beragama yang sedia ada.
No comments:
Post a Comment