Pada 21/05/2009, saya telah mengadakan perjumpaan dengan wakil-wakil daripada cawangan UMNO termasuk Ketua Cawangan, Ketua wanita, Ketua Pemuda dan Puteri. Sejurus selepas ini, kita akan lebih kerap berjumpa dan perjumpaan akan diaturkan lebih sistematik supaya menepati hasrat perancangan pembentukan rakyat yang bekerjasama dan bersatu padu. Perjumpaan sebegini adalah amat diperlukan kerana memberikan peluang kepada kita untuk berbincang dan meneliti perkembangan semasa di DUN Semambu. Dengan ini, secara tidak langsung juga meningkatkan prestasi perkhidmatan dan efesien kita.
Selain itu, perjumpaan sebegini membolehkan masing-masing bertukar pendapat dan memahami budaya. Kerjasama erat sebegini juga penting bagi membantu menyelesaikan masalah penduduk setempat. Semua ini perlu bermula dari akar umbi dan hasil permuafakatan dari meja bulat. Pada masa akan datang, dalam barisan khidmat rakyat saya untuk DUN Semambu, perjumpaan dengan KRT, parti politik, JKKKK dan sebagainya bakal menjadi agenda utama dan diuruskan dengan cara yang sistematik. Kita akan membantu sama ada menyelesaikan masalah rakyat atau melaksanakan program yang memanfaatkan rakyat supaya mengubah persepsi mereka dan memperkukuhkan keyakinan rakyat terhadap BN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment