June 3, 2009

Sesi Dialog Polis Bersama Penduduk Air Putih

22-05-2009 -( Air Putih)Tahap keselamatan yang semakin tergugat telah merunsingkan para penduduk di sekitar Air Putih. Oleh itu, pihak polis mengambil inisiatif bagi mengadakan sesi dialog bersama penduduk Air Putih. Tujuannya tidak lain tidak bukan bagi menyalurkan informasi pencegahan jenayah kepada para penduduk di samping memperdengarkan aduan orang ramai.

Perkara yang perlu diberikan pujian apabila saya diberitahu oleh Tuan OCPD bahawa Ketua Polis negeri Pahang, Dato Robiah turut sekali turun padang bagi menjayakan sesi dialog ini. Saya cukup kagum akan keprihatinan beliau yang ingin sendiri menghadiri dan mendalami masalah keselamatan para penduduk di Air Putih. Semoga kerjasama dan komitmen antara polis dan komuniti dapat membuahkan hasil dengan mengurangkan kadar jenayah segera.

Bersama Kita Memerangi Jenayah !

1 comment:

D'Rimba said...

Halo, ni hau ma?