September 4, 2009

Sambutan Hari Kebangsaan Dirahmati Bulan Ramadan

31/08/2009 (Kuantan)- Stadium SUKPA Tertutup pada tahun 2009 ini telah menjadi saksi kepada sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Pahang yang ringkas tetapi meriah. Sambutan Hari Kebangsaan juga juga didatangi dengan bulan berpuasa oleh Muslim. Kita harus bersyukur kerana walaupun sambutan pada tahun ini diadakan secara ringkas kerana ingin mengelakkan daripada merebaknya Wabak Influenza A H1N1, namun tetap tidak menghalang warga tempatan patriotik untuk menghadiri sambutan pada kali ini.

Sambutan Hari Kebangsaan pada kali ini turut dimeriahkan lagi dengan keberangkatan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah, YAB Menteri Besar Pahang, EXCO dan ADUN. Di samping itu, wakil-wakil dari jabatan-jabatan kerajaan, badan beruniform serta parti politik turut tidak melepaskan peluang sama-sama menyambut hari yang bertuah ini. Pelbagai acara persembahan juga dipertontonkan dan penuh dengan citra warna 1 Malaysia.

Pendek kata, saya mengambil peluang ini bagi mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan kepada seluruh warga Malaysia serta Selamat Berpuasa kepada muslimin dan muslimat di seluruh negara.

No comments: