18/09/2009 (Kuantan)- Berkat kesyukuran dan ketabahan kita, bulan Ramadan telah dirahmati dan kini datangnya sambutan Aidilfitri yang meriah dan gembira. Kita harus sekali lagi melahirkan kesyukuran kerana berjaya mengekang Wabak Influenza A H1N1 dalam bulan Ramadan. Pada musim perayaan ini, saya berharap masyarakat boleh meluangkan masa untuk menunaikan amalan kunjungi-mengunjungi serta menghadiri rumah terbuka bagi merapatkan lagi kemesraan antara kaum.
Lahir dan hidup di sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk yang intim hubungannya merupakan suatu kebahagiaan yang paling besar dan bererti. Kepada mereka yang memandu untuk pulang ke kampung, berhati-hatilah di jalan raya, sentiasa beringat-ingat kepada keluarga yang tersayang. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada seluruh umat Islam negara kita. Salam 1 Malaysia !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment