December 28, 2009

Tahun Baru Azam Baru

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada masyarakat penyayang di Malaysia. Bulan Disember ini merupakan bulan terakhir dalam tahun 2009 dan kita akan sama-sama menyambut kedatangan tahun 2010 tak lama lagi. Merry Christmas kepada warga Kristian.

Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada para pemimpin tempatan, para pegawai kerajaan, badan-badan NGO, masyarakat tempatan yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi kepada saya sepanjang saya bertugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Semambu.

Tugas-tugas sebagai seorang wakil rakyat tidak mungkin dilaksanakan dengan cekap, cepat dan berkesan tanpa bantuan dan sokongan daripada semua pihak yang saya sebut tadi. Dengan ini juga baru saya dapat melaksanakan dasar kerajaan yang mementingkan soal keprihatinan terhadap rakyat jelata. Di samping itu, saya juga dapat menerapkan semangat 1 Malaysia melalui perkhidmatan saya kepada masyarakat.

Pendek kata, saya berharap dalam mengharungi tahun baru 2010, masyarakat berbilang kaum dan agama di negara akan lebih tabah, bersatu padu dan kestabilan politik negara akan lebih terjamin. Saya juga berharap, kita akan sama-sama mengharungi tahun baru dengan azam yang baru.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010. Happy New Year !!!

No comments: