January 3, 2009

Penjelasan UIA Beres Akhirnya


Gambar- Majlis Taklimat yang dihadiri oleh Rektor UIA, Pegawai-pegawai UIA & Jabatan dan KRT.

30/12/2008(Indera Mahkota)- Atas permintaan saya, pihak UIA telah mengadakan satu taklimat ringkas tentang keadaan semasa dan langkah pemulihan persekitaran yang berlaku berdekatan dengan kawasan perumahan Taman Polo supaya dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Majlis taklimat telah diadakan pada 30/12/08 di Dewan UIA dan turut dihadiri oleh Rektor UIA, Prof. Dato’ Seri Syed Arabi Idid serta pegawai-pegawai lain dari Gombak. Kunjungan dan kehadiran beliau telah membuktikan keprihatinan dan tanda bertanggungjawabnya terhadap insiden yang berlaku. Ucapan terima kasih harus diberikan kepada Dato’ Seri. Dalam majlis tersebut, saya juga menjemput pegawai MPK (En Roslan), Jabatan Alam Sekitar (En Fahmi), Pengerusi KRT Taman Polo (En Rosli) dan AJK supaya lebih memahami dan mendalami masalah dan langkah pencegahan selepas mendengarnya.

Selepas mendengar penjelasan, kita mendapati masalah yang dihadapi bukan keseluruhannya berpunca daripada pembangunan di UIA. Namun, UIA sudi menanggung segala kerja baik pulih di kawasan cerun bukit kerana mereka berpendapat masalah tersebut akan mengancam keselamatan para penduduk di kawasan perumahan Taman Polo.

Dalam pada itu, pihak UIA juga menjelaskan dan bersetuju akan mengambil tindakan yang sewajarnya termasuklah tindakan segera penebangan pokok yang berdekatan dengan kawasan perumahan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini. Selain itu, proses menyelidik juga sedang dijalankan di kawasan tersebut terutamanya di bahagian cerun bukit. Usul baik pulih akan dicadangkan kepada MPK dalam jangka masa 2 bulan untuk mendapat kelulusan sebelum mereka bertindak selanjutnya.

Pendek kata, dalam Majlis tersebut semua pihak termasuk Pengerusi KRT Taman dan AJK yang mewakili penduduk taman berasa puas hati dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak UIA yang akan melaksanakan kerja-kerja baik pulih. Bagi saya sendiri, saya berasa syukur dan berterima kasih atas keprihatinan, kerjasama dan komitmen antara pihak-pihak seperti UIA, MPK, Jabatan Alam Sekitar, KRT dan sebagainya. Saya berharap masalah ini akan dapat diselesaikan secepat mungkin dan sempurna tanpa berlaku apa-apa yang tidak diingini.

3 comments:

Anonymous said...

Tahniah YB atas kerja keras yg YB telah buat. APJ harap YB terus tulis blog ini & laporkan kegiatan YB.

Anonymous said...

Blog YB memang bermakna. Tidak sama dengan blog-blog lain. YB memang YB yang berotak.

Anonymous said...

hello Y.B Dato`Pang..
iam ruhezreen from behalf members of KRT Tmn polo.. said thank you so much for everything..

bila Y.B Dato`Pang nak datang lagi Tmn Polo ???