

18/04/2009 (Kuantan)- Hari ini penuh bermakna kerana anak watan Pahang di Kuantan bersama-sama meraikan kepulangan bergaya dan bangga Perdana Menteri Malaysia yang keenam, iaitu YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di tanah keramat sendiri. Segala perasaan bangga dan gembira ini turut dirasai masyarakat Kuantan yang hadir beramai-ramai ke Padang MPK 1. Lebih-lebih lagi masyarakat setempat yang memenuhi Padang MPK 1 terdiri daripada lapisan masyarakat pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India, orang asli dan lain-lain.

Dengan ini, saya percaya bahawa konsep “Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” yang diwar-warkan oleh YAB Perdana Menteri berkaliber dari negeri Pahang akan memberikan sinar dan impak baru buat masyarakat berbilang bangsa di Malaysia sekali gus memimpin negara kita menjadi lebih bersatu padu serta makmur pada masa akan datang. Dengan menaruh harapan yang tinggi, semoga hasrat YAB Dato’ Sri Mohd Najib untuk menjayakan konsep “Satu Malaysia” akan direalisasikan dengan sokongan dan dokongan daripada para pelaksana perkhidmatan awam di seluruh negara. Semoga Berjaya !
No comments:
Post a Comment