April 19, 2009

Wushu, Antara Persembahan Depan PM



18/04/2009 (Kuantan)- “Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, itulah laungan YAB Dato’ Seri Mohd Najib selaku Perdana Menteri Malaysia yang menginginkan rakyat negara bersatu hati serta mewujudkan keharmonian antara satu sama lain. Percampuran dan pertukaran budaya juga merupakan aspek penting yang harus dititikberatkan. Dalam majlis menyambut kunjungan pulang Perdana Menteri di Kuantan hari ini, pelbagai persembahan kebudayaan telah diselitkan dalam atur cara.

Saya cukup bangga dan bersyukur apabila Persatuan Wushu Negeri Pahang di bawah pimpinan saya telah diberi kesempatan untuk mempersembahkan seni mempertahankan diri dalam kalangan masyarakat Cina di hadapan YAB Dato’ Seri Mohd Najib.

Saya percaya persembahan ini merupakan kenangan manis yang paling bersejarah buat ahli persatuan kerana penghormatan yang diberikan kepada persatuan adalah amat besar sekali. Berpandukan semangat baru ini, saya berharap ahli-ahli persatuan akan terus gigih berlatih supaya kelak akan melakar kejayaan yang lebih besar buat negara Malaysia yang tercinta pada masa akan datang.

No comments: