Showing posts with label CRSM Pahang. Show all posts
Showing posts with label CRSM Pahang. Show all posts

July 2, 2009

Tingkatkan Kesedaran Wabak Influenza A (H1N1)


21/6/2009 - (Kuantan) Skuad CRSM MCA Negeri Pahang telah menganjurkan kempen kesedaran terhadap wabak berjangkit Influenza A (H1N1) di kompleks beli-belah Kuantan Parade. Saya berkesempatan mengambil peluang ini untuk menyeru masyarakat di daerah Kuantan ini supaya mengambil langkah berjaga-jaga terhadap wabak berbahaya ini.

Wabak Influenza A (H1N1) mula merebak di Malaysia sejak 1 bulan lepas dan telah meningkat kepada 58 kes sehingga hari ini. Pihak CRSM dalam masa paling singkat menganjurkan kempen ini dengan menyebarkan risalah-risalah tentang kesedaran dan langkah-langkah pencegahan terhadap wabak H1N1 ini. Beberapa sekolah telah diarahkan berhenti sesinya berikutan jangkitan sesama manusia berlaku. Oleh itu, orang ramai adalah disarankan sentiasa mengamalkan tahap keprihatinan yang tinggi dengan menjaga kebersihan fizikal diri dan persekitaran.

Kempen kali ini telah diketuai oleh saya sendiri selaku Ketua Pasukan CRSM negeri Pahang dan telah berjaya menyebarkan risalah kepada orang ramai yang mengunjungi Kuantan Parade. Semoga wabak berbahaya ini akan ditangani secepat mungkin. Kita sama-sama doakan.

February 22, 2009

Lawatan CRSM dan Pakar Penyelamat Bencana Ke Sungai Lembing马华志工团、台湾灾害防救科技中心到访林明



Ahli CRSM bersama Pusat Pencegahan dan Penyelamat Bencana (National Science And Technology Center for Disaster Reduction) Taiwan telah mengunjungi Sungai Lembing pada 10hb Februari 2009 seterusnya memantau keadaan sekitar Sungai Lembing dan lawatan sambil belajar.Kami, ahli CRSM Pahang sebagai tuan rumah di sini telah secara mesra membawa wakil dari Taiwan bagi mengunjungi Sungai Lembing yang penuh bersejarah.

Menurut Datin Paduka Chew yang turut bersama, Sungai Lembing bakal menjadi lokasi latihan ahli CRSM yang pertama, latihan tersebut akan dijalankan dalam masa yang terdekat. Ahli-ahli CRSM akan menyebarkan informasi pencegahan dan keselamatan di daerah masing-masing selepas tamat latihan nanti. Dengan ini, ahli CRSM yang berkaitan akan dapat memberikan bantuan awal sebelum tibanya anggota penyelamat kerajaan sekiranya sesuatu kemalangan, krisis atau bencana alam berlaku.

Kami berharap dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan pencegahan dan menyelamatkan diri ketika bencana alam selepas perkongsian kepakaran dan kajian semasa bersama pakar-pakar dari Taiwan yang seterusnya akan membantu meningkatkan sistem pencegahan bencana di Sungai Lembing.

Pusat Pencegahan dan Penyelamat Bencana Taiwan yang diketuai oleh Dr. Chen Yun-Ju dan merangkumi Dr. Li Wei-Shen, Dr. Chen Liang-Chun dan Liu Yi-Chung yang berpengalaman diharapkan akan melakar suatu sistem pencegahan dan penyelamat bencana dan disalurkan kepada CRSM setempat.

Di sini, saya ingin mengambil kesempatan kepada CRSM yang memilih Sungai Lembing sebagai lokasi ujian pencegahan bencana alam. Sama-sama kita berusaha untuk menjayakan persiapan sistem pencegahan bencana alam ini.

马华志工总团连同来自台湾灾害防救科技中心的成员于2009年2月10日到访林明,并巡视当地环境及进行交流。对于这次的交流会,身为马华彭亨州志工团的我们,当然一尽地主之谊,向到访者介绍林明这小镇,认识林明这充满历史古迹的山城。

随团的总团长拿汀巴杜卡周美芬指出,林明將成為首個训练马华志工的地方,有关培训营将在近期进行。志工們在受训完毕后,将回到各自地区传达防灾及救灾资讯,一旦发生灾难時,当地民众在等待政府的救援队伍到來前,也能先自救。

透过这次成为试验性防灾系统的地区,我们希望看见的是要給民众有防灾及自救的醒觉。在与台湾专家们的考察及分享后,专业的意见,有助于提升林明現有的志工防灾系統。

而以台湾灾害防救科技中心主任為首的陈亮全博士率领其团队包括李維森博士、陈韵如博士及刘怡君硕士前來林明的考察。具有丰富经验的众团员在收集所需资料后,將擬出一套救灾及防灾系统,并传授予马华志工团。

在此,再次感谢马华志工总团选择林明为试验性防灾系統的地区,让我们一同努力,落实此防灾系统的工作!

December 15, 2008

Kunjungan Dato’ Hoh Meningkatkan Semangat 拿督何启文到访林明


Gambar- Kunjungan Dato' Hoh ke Sg. Lembing bersama Ketua Bahagian dan ahli-ahli CRSM.

9/12/2008 (Sungai Lembing) – Saya sebagai ketua bagi Crisis Relief Squad (CRSM) berbesar hati kerana menerima kunjungan YB Dato’ Hoh Khai Mun selaku Pengerusi Perhubungan MCA negeri Pahang yang datang ke Sungai Lembing untuk meninjau persiapan CRSM yang bakal menghadapi banjir serta menyaksikan penerimaan derma peralatan dan jaket keselamatan untuk tujuan yang sama. Kunjungan Dato’ Hoh pada kali ini sedikit sebanyak telah meningkatkan semangat berpasukan CRMS.

Jutaan terima kasih diucapkan atas kesudian orang ramai yang mendermakan peralatan dan jaket keselamatan yang akan digunakan pada bila-bila masa sahaja. Sumber ini akan digunakan oleh pegawai keselamatan CRSM ketika menghadapi bencana alam dari semasa ke semasa. Di sini, saya ingin menyeru kepada orang ramai yang sukarela untuk memberikan sumbangan ikhlas dalam membantu melengkapkan lagi kelengkapan kita pada hari-hari yang akan datang. Terima kasih.


马华彭亨州联委会主席拿督何启文州行政议员于9/12/2008亲临林明巡访该地区救灾筹备工作,并确保救生艇及其他相关设备就绪。身为马华彭亨州志工团团长的我,怀着无限欣慰与感激的心情,感谢拿督何启文州行政议员的莅临。同时,拿督主席的巡视,为每一位志工团的团员注入不少士气。

随着救灾筹备工作的逐步展开,救灾捐赠款物的热潮一浪高,我们谨代表当地居民向各位热心人士的踊跃捐输深感谢意。虽然,一些高风险的灾区还未面对水灾的冲击,但是,本州志工团还是在密集准备阶段,以应付水灾的来临。当然,一个人的力量是有限的,为了使救灾工作更为顺畅进行,我谨此呼吁公众人士可继续伸去援手,慷慨解囊,捐献防灾用品,形成合力,以帮助灾区人民渡过难关。谢谢。

December 6, 2008

CRSM sedia membantu....



Gambar- Pang bersama Andy Ng, Ketua Bahagian MCA Paya Besar dan skuad CRSM.

3/12/2008 (Sungai Lembing) - Atas kepercayaan dan amanat daripada YB Dato’ Hoh Khai Mun selaku Pengerusi Perhubungan MCA negeri Pahang, sekali lagi saya berasa syukur dilantik sebagai ketua bagi Crisis Relief Squad (CRSM), iaitu Skuad Bantuan Krisis MCA negeri Pahang. Tidak perlu saya menghurai panjang peranan CRSM ini kerana sudah diketahui ramai serta sememangnya CRSM harus dan telah memberikan kesedaran kepada orang ramai terutamanya melalui aktiviti seperti bantuan kecemasan, kebajikan masyarakat dan sebagainya.

Seperti apa yang sentiasa saya tekankan, keprihatinan harus ditingkatkan dari semasa ke semasa supaya bantuan yang berbentuk sukarela boleh disalurkan secara efesien dan berkesan. Sebagai ketua CRSM, saya berjanji skuad CRSM akan melakukan apa yang terdaya untuk membantu.

Oleh sebab itu, dalam masa yang sama saya tidak lupa mulakan tugas secepat mungkin kerana awal bulan Disember ini telah menampakkan hujan turun dengan lebat tanda kedatangan musim tengkujuh. Fenomena sebegini agak genting kerana beberapa kawasan di Pantai Timur telah dilanda banjir.

Tanpa melengahkan masa, hari ini saya meluangkan masa untuk meninjau kawasan Sungai Lembing yang dikatakan kawasan banjir berisiko tinggi. Peranan CRSM tidak semestinya membantu mangsa banjir kerana tugas penyelamat tersebut memerlukan mereka yang dilatih secara profesional. Namun demikian, CRSM boleh membantu dalam mendaftarkan mangsa bencana, memindahkan mangsa bencana dan barangan penting mereka serta tugas penyelarasan yang lain.

Selepas tinjauan kali ini, saya berasa cukup berpuas hati terhadap persediaan CRSM dalam membantu mangsa banjir di Sungai Lembing. Tetapi kualiti sukarelawan CRSM perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa. Sukarelawan CRSM tidak semestinya terdiri daripada ahli MCA tetapi terbuka kepada siapa-siapa yang sudi menghulurkan bantuan. Selain dapat meningkatkan semangat sukarelawan dalam kalangan masyarakat, saya berharap melalui penyertaan dalam CRSM, masyarakat dapat menimba pengalaman membantu mangsa seterusnya berkemampuan membimbing ahli keluarga mereka lebih bersedia menghadapi bencana di samping menyelamatkan diri dan barangan penting yang berharga.

Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk menyeru supaya orang ramai harus lebih prihatin dan peka terhadap bencana yang bakal berlaku seperti banjir serta mereka harus menjaga anak-anak dan orang tua dengan berhemah. Orang ramai yang berkemampuan juga diminta agar menghulurkan bantuan barangan keperluan harian untuk sama-sama kita menghadapi bencana seperti banjir. Dalam hari-hari yang akan datang, saya akan meninjau dan memantau persediaan CRSM di daerah-daerah lain yang berisiko tinggi mengalami banjir.

June 7, 2008

志工团筹获马币RM86,023.20赈济四川省地震灾民



马华彭亨州志工团响应总会长号召,先后在州内各地,采用各种不同的途径,展开赈济四川省地震灾民筹款运动,获得良好反应。在6月4日筹款运动结束那一天,由本人正式将总数RM86,023.20义款,转交给州联委会主席拿督何启文州行政议员。 身为彭州志工团总团长,本人特此向各区会、支会领导同志,党外民间团体,社会各阶层热心民众,致予万二分的谢意,承蒙大家坚持为善最乐,慷慨献捐,使到整个运动圆满落幕。事实上,志工团成立之后,即刻走在关怀社会的前线上;一心一意扶助弱势群众,赈济灾民病黎,当仁不让,舍我取谁。 尽管这次的灾难发生在遥远的四川省,志工大队难以亲力亲为,不过,我们并不放弃任何机会,积极帮助灾民渡过难关。我们筹获的义款数目虽然不是十分庞大,不过,它确实代表我们的心意,也体现了志工运动的精神,示范志工运动的义务。 在这个困难伤心的关口,我也要代表彭亨州全体志工成员、党内同志党外同胞、热心捐献的团体和个人,向四川省地震灾黎表达最深切的慰问。我深信;在中国政府全情抗震救灾、海外华裔同胞倾巢捐献的情况下,四川省灾民一定能够坚持到底,快速振作起来,面向明天会更好。

以下是各地区筹款芳名录

1.0 文冬区会 (RM31,090.00)
i) 吉打里村委会 RM500
ii) 武吉丁宜村委会 RM8,900
iii) 文积村委会 RM20,000
iv) 其他 RM1,690

2.0 英德拉马哥达区会 (RM23,812.00)
i) 区会 18,812
ii) 百灵东支会及贝律山支会 5,000

3.0 金马仑区会 (RM10,000.00)
i) 区会 RM2,000
ii) 区会妇女组 RM5,000
iii) 巴登威利妇女组 RM1,000
iv) 甘榜拉若妇女组 RM1,000
v) 直冷甲妇女组 RM1,000

4.0 瓜拉吉挠区会 (RM8,500.00)
i) 吉道支会 RM3,420
ii) 瓜拉吉挠支会 RM5,080

5.0 巴耶勿沙区会(RM4,441.20)
i) 达士花园支会 RM4,441.20

6.0 立卑区会 (RM4,000.00)

7.0 云冰区会 (RM3,180.00)

8.0 劳勿区会 (RM1,000.00)