Showing posts with label Chinese Martial Art - 武术. Show all posts
Showing posts with label Chinese Martial Art - 武术. Show all posts

July 2, 2009

Pasukan Wushu Pulang Dengan Segenggam Harapan




Syabas saya ucapkan kepada Pasukan Wushu Pahang yang berjaya membawa pulang 1 pingat emas dan 2 pingat gangsa dalam Kejohanan Wushu Remaja Kebangsaan Milo 2009 yang diadakan di Melaka baru-baru ini. Saya berasa cukup bangga atas pencapaian yang memberangsangkan ini. Kali ini, jurulatih Master Yin Lei dan Cik Leong selaku pengurus pasukan telah berjaya membawa Pasukan Wushu Pahang menempa nama di peringkat kebangsaan.

Nama Pasukan Wushu Pahang harus berbangga dengan kejayaan daripada Tew Jing Jong yang memenangi pingat emas dalam acara Nan Quan dan gangsa dalam acara Dao Shu manakala Chuan Jet mendapat gangsa dalam acara Nan Gun.

Saya mengharapkan kejayaan ini boleh dijadikan pembakar semangat mereka dan akan terus membawa kejayaan untuk negeri Pahang dalam kejohanan yang akan diadakan pada masa kan datang.

April 19, 2009

Wushu, Antara Persembahan Depan PM



18/04/2009 (Kuantan)- “Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, itulah laungan YAB Dato’ Seri Mohd Najib selaku Perdana Menteri Malaysia yang menginginkan rakyat negara bersatu hati serta mewujudkan keharmonian antara satu sama lain. Percampuran dan pertukaran budaya juga merupakan aspek penting yang harus dititikberatkan. Dalam majlis menyambut kunjungan pulang Perdana Menteri di Kuantan hari ini, pelbagai persembahan kebudayaan telah diselitkan dalam atur cara.

Saya cukup bangga dan bersyukur apabila Persatuan Wushu Negeri Pahang di bawah pimpinan saya telah diberi kesempatan untuk mempersembahkan seni mempertahankan diri dalam kalangan masyarakat Cina di hadapan YAB Dato’ Seri Mohd Najib.

Saya percaya persembahan ini merupakan kenangan manis yang paling bersejarah buat ahli persatuan kerana penghormatan yang diberikan kepada persatuan adalah amat besar sekali. Berpandukan semangat baru ini, saya berharap ahli-ahli persatuan akan terus gigih berlatih supaya kelak akan melakar kejayaan yang lebih besar buat negara Malaysia yang tercinta pada masa akan datang.

December 9, 2008

Wushu Pahang sekali lagi Mencatat Nama..!!! 彭亨武术总会再夺银牌!!!

Gambar-Dari kiri, How, Quek, Yin Lei dan Tyhe.

Dalam Pertandingan Seni Mempertahankan Diri (Wushu) Kebangsaan 2008 yang diadakan di Pulau Pinang, Thye Chuan Jet dari Kuantan telah melepasi halangan demi halangan seterusnya membawa berita baik dengan memenangi pingat perak untuk Persekutuan Wushu Negeri Pahang.

Thye Chuan Jet yang hanya berusia 14 tahun mendapat pingat perak dalam acara “Chien-Suk”. Persekutuan Wushu Negeri Pahang hanya menghantar dua orang peserta, iaitu Thye Chuan Jet (14) dan How Kok Yew (21). Pengurus pasukan, iaitu AJK Persekutuan Wushu Negeri Pahang, Sdr Quek Tai Seong dan jurulatih Yin Lei bertindak sebagai pengemudi pasukan pada pertandingan kali ini.

Selaku Pengerusi Persekutuan Wushu Negeri Pahang, sekali lagi saya mengucapkan syabas kepada Thye Chuan Jet dan berharap dia akan menggandakan dan menggiatkan usaha dalam latihan bersama jurulatih untuk menghadapi pertandingan akan datang supaya berjaya memenangi pingat emas buat Persekutuan Wushu Negeri Pahang. Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dan pegawai-pegawai MSP…

来自关丹的戴传杰日前在槟城所举办的2008年度全国自卫武术竞标赛中过关斩將,为彭亨武术总会贏得一枚银牌﹗

年仅14岁的戴传杰在这次的竞标赛中夺获传统拳术银牌。此次的参赛队伍由总会秘书郭大雄领队,本会教练尹雷一同随行。本会共派出2名代表,包括候国耀(21岁)和戴传杰(14岁)参加这项由全国青年体育部主办的比赛。

对于这次传来的佳音,身为彭亨武术总会主席,我除了再次恭贺并祝福戴传杰同学,更热切希望戴传杰同学能够更加积极接受训练,以最好的状态,应付来临的比赛,为彭亨武术总会摘取金牌。

August 27, 2008

彭亨武术总会。。。。。传佳音!!!

一场全国青少年武术竞标赛经已在15-18/8/2008,在吉隆坡焦赖羽球体育馆举行。经过彭亨武术总会教练尹雷契而不拾的培训下,在短短的四个月的耕耘,本会终于崭露头角,传来佳讯。

在这场竞标赛中,其中一位年仅14岁的选手-戴传杰夺获传统拳术银牌。对于这个喜讯,身为彭亨武术总会主席,我欲恭贺并祝福戴传杰同学,在首次的比赛中,不负众望,就获得如此佳绩,可喜可贺。并希望戴传杰同学能更加积极接受训练,以应付来临的比赛,取获佳绩。

同时,彭亨武术总会也感谢彭亨州政府在这项比赛当中,给予的全力支持,包括提供补贴,提供旅费等支助,让本地的青少年们有机会参与这一次的竞标赛。

不忘记的是尹雷教练的专业及积极的教导,实属劳苦功高。当然,除了恭贺得奖的选手,亦衷心感谢所有參賽之选手對这次賽事付出的努力。没有取得理想成绩的选手,千万不要灰心,继续努力,希望在未来的比赛,选手们可以有所表现,再接再厉,以赢取更好的佳绩




TAHNIAH DAN SYABAS........
THYE CHUAN JET DALAM KEJOHANAN WUSHU KEBANGSAAN


Persekutuan Wushu Negeri Pahang telah menghantar empat orang peserta ke Kejohanan Wushu Remaja Kebangsaan yang telah diadakan pada 15 Ogos 2008 hingga 18 Ogos 2008 di Stadium Badminton Kuala Lumpur dan telah meraih kemenangan setelah menjalani latihan selama empat bulan.

Dalam kejohanan wushu kali ini, salah seorang peserta iaitu Thye Chuan Jet yang berumur 14 tahun dari SMK Alor Akar telah memperolehi PINGAT PERAK dalam acara “Chien-Suk”. Saya selaku Pengerusi Persekutuan ingin mengucapkan taniah dan syabas di atas kejayaan adik Thye yang julung-julung kali memasuki pertandingan ini. Saya berharap adik Thye akan berlatih dengan bersungguh-sungguh dan lebih gigih untuk meraih kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan Pengarah Majlis Sukan Pahang, Encik Suhaimi Bin Mohd Yunus yang telah banyak memberi sokongan dan galakkan kepada kami demi perkembangan sukan wushu di Negeri Pahang.

Ucapan ribuan terima kasih juga dituju kepada Jurulatih Yin Lei yang telah bersungguh-sungguh memberikan tunjuk ajar kepada pasukan ini. Kepada peserta-peserta yang tidak berjaya dalam pertandingan kali ini, saya berharap mereka akan berusaha dengan lebih gigih lagi sehingga mencapai kejayaan yang membanggakan.

May 26, 2008

您有兴趣参加中华武术培训班?


已经一番筹划,彭亨武术总会经于月前,在关丹县内各主要华小开设武术培训班,成功招揽各民族学生参与其盛。这个培训计划,由彭亨体育理事会全程资助,由来自中国佛山市的武术师傅-尹雷亲身督导。尹雷出身武术世家,幼年在当地一家武术学院拜师名家,学有所成后,曾经受邀远赴欧洲大陆主持武术培训班。 身为彭亨武术总会的新任会长,我通过青年体育部的协助,决定聘用尹师傅到来开班执教,希望能够在本地社区协助推动中华武术活动。培训班无任欢迎任何人士报名参与,尤其是在籍小学生,有兴趣知道详情,敬请致电负责人;郭大雄 019-9121800 或电邮; quekts@tm.net.my, 提出相关询问。


武术表演献给苏丹殿下
Persembahan Wushu Untuk KDYMM Sultan Pahang


Anda Berminat Menyertai Latihan Wushu ?

Wushu ialah pencat silat tradisional ala-Tionghua, menggabungkan gerak-geri anggota badan dengan unsur-unsur budaya. Persekutuan Wushu Tionghua, di bawah pimpinan saya sendiri telah melancarkan program latihan wushu di beberapa sekolah di dalam Daerah Kuantan. Program ini ditaja oleh Majlis Sukan Pahang dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan, kini sedang dikendalikan sepenuh masa oleh Yin Lei - seorang jurulatih profesional dari bandar Fushan, Wilayah Guangdong, Repablik Rakyat Cina. Yin Lei dibesarkan dalam sebuah keluarga wushu, mendapat pendidikan awal di salah sebuah akademi wushu yang terkenal dan pernah bertugas sebagai jurulatih wushu di beberapa buah negara Eropah sebelum dipilih dan diterbangkan ke Kuantan. Jika anda juga berminat untuk menyertai kegiatan wushu, sila hantarkan email ke alamat quekts@tm.net.my ataupun telefon Mr Quek di talian 019-9121800 untuk mendapat maklumat lanjut.